Polis Nilai panggil Neelofa dan pihak terlibat untuk siasatan


SEREMBAN: Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd. Nor dan suaminya, Haris Ismail akan dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dekat sini bagi diambil keterangan dalam masa terdekat berhubung dakwaan pasangan itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab Rahman berkata, hari ini pihaknya telah menjalankan siasatan berkaitan penularan gambar dan video Neelofa dan suami dalam media sosial dipercayai ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai dekat sini.

Jelas beliau, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersayarat) (No.4) 2021 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


“Pihak yang terlibat akan dipanggil ke IPD Nilai, Negeri Sembilan untuk memberikan keterangan dalam masa terdekat dan kertas siasatan akan dirujuk ke Kamar Timbalan Pendakwa Raya setelah selesai siasatan.

“Pihak Polis ingin menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selepas tiga minggu meminta maaf, Neelofa terpalit pula dengan kontroversi sama apabila didakwa melanggar SOP dengan merentas negeri ke Nilai dekat sini


Spekulasi tersebut menjadi tular semalam apabila Neelofa bersama Haris dikatakan memuat naik gambar dan video ketika berada di sebuah kedai karpet yang dipercayai berlokasi di Nilai sebelum bertindak memadamkannya.

Tindakan itu terus mendapat kecaman netizen yang mempersoalkan mengapa selebriti itu melakukan kesalahan sama berulang kali walaupun sudah meminta maaf.

Sebelum ini, Neelofa tampil memohon maaf secara terbuka berhubung dakwaan melanggar SOP pada majlis perkahwinan dan kunjungannya ke Langkawi, Kedah bersama Haris. 

– UTUSAN


Join our Telegram Channel
Telegram


Polis Nilai panggil Neelofa dan pihak terlibat untuk siasatan Polis Nilai panggil Neelofa dan pihak terlibat untuk siasatan Reviewed by Tun Carlos on May 03, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.