Menghampiri PRU15, Tun M dakwa masih dalam dilema dan kebingungan


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau kini dalam dilema dan menjadi bingung kerana penyokong beliau mungkin akan memaksanya bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Dalam temu bual dengan Dialektika TV di Facebook, beliau menyuarakan keengganannya untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Saya tak nak bertanding, tapi orang saya susah kalau saya kata tak nak bertanding, ‘they get mad’ (marah). Saya tak tau nak buat apa,” katanya.

“Saya terpaksa ikut orang yang sokong saya. Dari dulu pun bukan nak bertanding, tapi orang yang nak saya bertanding.”


Mahathir yang merupakan Ahli Parlimen Langkawi bercakap mengenai parti pimpinannya, iaitu Pejuang, yang menurutnya ditubuhkan bagi membaik pulih pentadbiran negara.

Beliau menubuhkan Pejuang bersama lima Ahli Parlimen yang keluar Bersatu sebelum ini.

Lima Ahli Parlimen tersebut ialah Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Maszlee Malik (Simpang Renggam), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

“Waktu ini kita dapati Pejuang itu kecil. Perjuangan kita ini adalah perjuangan rakyat.”


Beliau berkata, ramai orang tidak senang dengan amalan rasuah yang dikaitkan dengan kerajaan sekarang.

“Wakil rakyat boleh dibeli, kerajaan pun boleh dibeli. Ini sangat berbahaya. Ramai rakyat tak nak sokong mana-mana parti sebab tujuannya untuk diri sendiri.

“Pejuang bukan parti untuk ahlinya. Parti ini untuk kita menang dan dirikan kerajaan yang mahu menjalankan tugas membersihkan dan membangunkan negara, bukan diri sendiri.

Parti itu tidak didaftarkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM). Pada Januari JPPM menghantar surat menolak pendaftarannya.

Bulan lepas Setiausaha Agung Penaja Pejuang Amiruddin Hamzah memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk memaksa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dan JPPM membuat keputusan berhubung permohonan rayuan pendaftaran parti itu.

Menteri dan JPPM dinamakan sebagai responden dalam tindakan undang-undang itu.

-FMT

Join our Telegram Channel
Telegram


Menghampiri PRU15, Tun M dakwa masih dalam dilema dan kebingungan Menghampiri PRU15, Tun M dakwa masih dalam dilema dan kebingungan Reviewed by Tun Carlos on May 03, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.