Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Persetubuhan luar nikah antara dikesan di stesen kuarantin Covid-19


Bukan mudah bagi petugas barisan hadapan mengawal sejumlah penghuni di stesen kuarantin Covid-19, apatah lagi perlu berhadapan dengan pelbagai ragam dan permintaan dalam satu-satu masa.

Bagi petugas yang mengawasi stesen kuarantin di Kelantan, mereka turut menghadapi cabaran apabila dapat mengesan kes seperti vandalisme, penghuni melarikan diri dan persetubuhan luar nikah.

Menurut laporan Astro Awani, masalah sosial tersebut didedahkan oleh Penyelaras Stesen Kuarantin Kelantan, Kapten Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mohd Shafie Ramli.


Shafie berkata, dia memberi contoh kes yang berlaku di stesen kuarantin Sektor Sumber Teknologi Pendidikan di Pengkalan Chepa dimana satu-satunya stesen kuarantin di negeri tersebut.

Terdapat beberapa kes penghuni melarikan diri dari stesen kuarantin berkenaan dengan mencabut besi kerana mahu berbuka puasa di rumah.

“Kami telah mengasingkan lelaki dan perempuan… kita tak jaga sepenuh masa mereka di dalam. (Dalam) bilik mereka bebas bergerak.


“Walaupun dah bagi teguran… bila (petugas) keluar bilik berlakulah perkara tersebut… staf saya buat semakan (pemeriksaan) ternampak pesakit lelaki keluar bilik… keluar dari blok perempuan.

“Untuk semua kes serta masalah sedemikian, kami akan terus buat laporan polis untuk siasatan,” katanya menerusi laporan Astro Awani berkenaan.

Selain mempunyai blok asrama perempuan dan lelaki, Shafie berkata pusat tersebut turut menempatkan bekas banduan yang menjalani kuarantin dengan pengawasan lebih ketat oleh pegawai bertugas.


Sumber: Astro Awani