Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Terdedah video perbualan suara mirip Anwar dan Zahid sedang "merancang" sesuatu


Sejak tengah malam tadi sudah tersebar satu video yang mempunyai rakaman suara perbualan mirip figura terkenal politik tanah air iaitu Anwar Ibrahim dan juga Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Rakaman itu didedahkan oleh Facebook Page Insider Malaysia.

Tangkap layar dari page tersebut

Di dalam perbualan tersebut suara yang dikatakan mirip Anwar telah memuji ucapan Zahid ketika di Perhimpunan |Agung UMNO yang baru saja berakhir beberapa hari lalu.

Suara mirip Anwar juga ada mencadangkan kepada Zahid supaya dibuat mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO dengan segera.


Suara yang dikatakan mirip Zahid juga turut berterima kasih kepada Anwar kerana memberi sokongan moral kepadanya dan beliau juga menganggap Anwar sebagai gurunya.

Setakat kini masih belum ada lagi kenyataan daripada pihak Zahid mahupun Anwar mengenai tersebarnya audio perbualan tersebut.

Berikut adalah video penuh perbualan yang didedahkan oleh FB Page Insider Malaysia: