Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib lega fitnah skandal bersama Ziana Zain akhirnya terjawab


Bekas perdana menteri Najib Razak berkata tuduhan yang mengaitkan dia mempunyai skandal dengan seorang artis akhirnya terjawab.

Tanpa menyebut nama artis berkenaan, Najib memuat naik artikel jawapan Ziana Zain menjawab gosip yang mengaitkannya dengan “VIP ternama”.

"Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab.

"Dulu, blog-blog propaganda pro-PH pernah kaitkan saya dengan dia (Ziana)," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.


Hantaran itu disertakan pautan artikel yang melaporkan Ziana menjawab dakwaan dia mempunyai hubungan sulit dengan VIP ternama.

Menurut laporan Astro Awani Ziana membuka mulut menjawab tohmahan berkenaan selepas lebih 20 tahun gosip terbabit berlegar.

Ketika ditemu bual, Ziana berkata dia berdepan dengan gosip berkenaan ketika berada di puncak populariti.

"Bila kita tengah top orang akan cuba menggosipkan kita dengan perkata-perkara yang kita tidak pernah buat," kata Ziana dalam temu bual berkenaan.

Dalam pada itu, Najib turut membuat naik artikel portal berita propembangkang yang menuduhnya pernah ditangkap khalwat dengan artis berkenaan. -MalaysiaKini

Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab. Dulu, blog-blog propaganda pro-PH pernah kaitkan saya dengan...

Posted by Najib Razak on Monday, 5 April 2021