Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Merusuh sebab tak boleh order makanan pada jam 10 malam, polis tangkap 2 suspek


KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki dan memburu empat yang lain berhubung kejadian merusuh di hadapan sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan,Brickfields,malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields,Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata kedua-dua suspek ditahan di sekitar ibu negara oleh anggota Bahagian Maksiat,Judi dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9).

"Siasatan mendapati kejadian jam 10 malam berpunca sekumpulan 11 hingga 12 individu tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan untuk membuat pesanan makanan di restoran itu.Ini kerana pengurus restoran sudah mahu menutup operasi perniagaan mereka pada jam 10 malam bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya hari ini.


Menurut Anuar, perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati kumpulan lelaki terbabit yang kemudian merusuh dengan menggunakan kayu dan parang memecahkan botol dan gelas di restoran itu.

Ada 11 hingga 12 pekerja termasuk pengurus di restoran itu ketika kejadian dengan tiga pekerja cedera di kepala serta kecederaan ringan lain.Beberapa peralatan seperti kerusi dan meja milik restoran terbabit turut rosak namun tidak serius.

"Kita sudah menahan dua individu berusia lingkungan 20-an dan 30-an malam tadi, di Jalan Travers dan Brickfields dan kita memburu empat lagi individu lain yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata," katanya.

Terdahulu,beberapa rakaman video berhubung kejadian itu viral di media sosial menunjukkan sekumpulan individu membaling kerusi dan meja di hadapan sebuah restoran.

Sumber : BH