Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Shuk akhirnya bawa rombongan meminang (video)


Beberapa minggu lalu kecoh dengan kontroversi panas mengenai pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar yang dikatakan menjalin hubungan dengan wanita lain.

Kamelut rumah tangga yang dibina telah didedahkan sendiri oleh isterinya, Rossaalennah Natassiah Asshaferah melalui beberapa posting di laman instagram

Walaubagaimanapun semalam Shuk telah membuat kejutan yang tidak disangka-sangka dengan muncul dalam keadaan mencurigakan menerusi Instagram LIVE yang dibuat isterinya.

Dengan memakai persalinan lengkap seperti raja sehari, pengacara tersebut meminta kebenaran wanita berkenaan untuk berkahwin lagi. Sera yang terkejut dengan permintaan secara tiba-tiba itu hanya mampu tercengang sambil ditenangkan rakannya.


Rupa-rupanya semua itu hanyalah helah Shuk untuk memujuk kembali isterinya. Shuk datang dengan satu rombongan meminang siap dengan pelbagai hantaran seperti barang kemas, beg tangan berjenama dan sebagainya.

Pengacara berusia 34 tahun itu juga dilihat sempat membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan isteri, selain mengaku kesilapan yang telah dibuat. Usaha tersebut katanya dibuat untuk memperbaiki hubungan antara mereka berdua.

sumber: Kisah Dunia