Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pendedahan wang dan aset PETRONAS yang ditinggal Najib kepada PH, buat netizen terkejut

Najib bersama para pekerja di Kompleks Bersepadu Pengerang Petronas circa 2016

KUALA LUMPUR: Pendedahan nilai aset dan wang yang diperoleh syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada 2018 iaitu sejurus selepas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional telah memeranjatkan ribuan netizen.

Hantaran yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri DS Najib Razak di facebooknya hari ini telah mendapat reaksi lebih dari 5 ribu sukaan dan lebih 200 perkongsian hanya dalam masa kurang satu jam sahaja. 

Netizen yang bernama Mohamad Tajudin berkata "Sayang rakyat Malaysia tidak suka membaca dan melihat yang elok-elok, mereka terlalu sukakan akan pembohongan dan fitnah Kakatan Harapan Rakyat' yang dalam diam diam dan terang terangan menipu."


Begitu juga seorang lagi netizen, Rajendran Jayaraman berkata "Sir, please make sure BN never makes any deals with them for the elections. We vote for your comeback."

Berikut adalah ulasan dan pendedahan yang dibuat oleh Najib.

ULASAN NAJIB: 

"Sepanjang tempoh Najib jadi PM dan menjadi menteri yang bertanggung jawab, liabiliti dan hutang Petronas naik RM121.2 bilion 212%!!! Maka Petronas telah bankrap bawah Najib!"

Itulah apa yang akan jadi fokus jika kita suruh Jkom atau penulis media sosial PH tulis.

Tapi untuk tempoh yang sama, nilai aset Petronas juga naik RM530.7 bilion (663.2%) manakala jumlah nilai rizab tunai naik RM128.5 bilion (282.5%).

Nilai bersih Petronas iaitu aset tolak semua liabiliti/hutang) pula naik RM318.0 bilion atau hampir 4 kali ganda dari RM114.4 bilion sebelum Najib jadi PM ke RM432.3 bilion sejurus selepas PRU14.

Laporan kawangan PETRONAS sebelum Najib jadi Perdana Menteri

Ini bermakna, Najib terima satu buah syarikat Petronas (pada 2009) tetapi serah balik empat buah syarikat Petronas (pada 2018).

Perjanjian IPP berat sebelah

Ini adalah kerana kerajaan BN masa saya PM kurang mengambil dividen berlebihan,  menjana lebih peluang perniagaan dalam dan luar negara dan menyelesaikan masalah kontrak-kontrak penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah ketinggalan PM 4 (Tun Mahathir) pada tahun 2011 dengan pertolongan 1MDB yang mengambil alih banyak IPP masa itu.

IPP berat sebelah ini membebankan Petronas sebanyak RM10 bilion hingga RM20 bilion setiap tahun.


Laporan kewangan PETRONAS pada suku kedua 2018


Dianggar bahawa sekitar RM50 bilion telah dijimatkan Petronas setelah 1MDB mengambil alih beberapa IPP dan kerajaan tenderkan semula IPP ini secara open tender buat kali pertama dalam sejarah pada tahun 2012.

Sebab itulah kekuatan Petronas naik mencanak sepanjang tempoh itu.

BN simpan wang dalam Petronas untuk memudahkan kerajaan-kerajaan selepas kita boleh menjarahnya.

Akibatnya selepas PRU14 sehingga akhir tahun 2020:

- Jumlah Aset Petronas turun RM36.7 bilion.
- Jumlah rizab tunai turun RM43.3 bilion
- Jumlah liabiliti/hutang naik RM14.7 bilion

Laporan kewangan PETRONAS untuk penghujung 2020

Dengan itu, nilai bersih Petronas susut hampir RM52 bilion dari RM432 bilion ke RM381.0 bilion biarpun Petronas masih menjana keuntungan besar pada tahun 2018 (RM55.3 bilion) dan 2019 (RM40.5 bilion).

Ini bermakna selain dari menjarah rizab tunai dan aset Petronas ditinggal BN, segala keuntungan bagi tahun 2018 dan 2019 turut dikeluarkan selepas PRU14.

Sebab itu, penyusutan ketara Petronas bukan hanya sebab Petronas rugi RM21 bilion pada tahun 2020 masa pandemik tetapi penjarahan ketara kerajaan-kerajaan selepas BN dari segi penjualan aset Petronas serta dividen-dividen yang amat besar.


Dividen dibayar Petronas kepada kerajaan:

2016 (BN): RM16b
2017 (BN): RM16b
2018 (PH): RM26b
2019 (PH): RM54b (habis semua wang dijimat dari IPP dengan pertolongan 1MDB diambil PH tapi dia kata pulak 1MDB mufliskan negara)
2020 (PN): RM34b (walaupun Petronas rugi RM20b)

Aset-aset Petronas juga dijual:

- Dis 2019 (PH): Jual saham MISC Bhd, Petronas Dagangan Bhd dan Petronas Gas Bhd bernilai RM6b
- Dis 2020 (PN): Jual saham MISC dan KLCC bernilai RM4b.


Saya telah beberapa kali tanya Kit Siang, Guan Eng dan Tun Mahathir kenapa pula saya perlu curi wang 1MDB?

Sebab setiap sen 1MDB adalah dari hasil pinjaman dan wang yang dipinjam perlu akhirnya dibayar balik manakala setiap sen yang didakwa hilang dari 1MDB adalah setelah ianya dibayar kepada syarikat milik keluarga raja Arab Saudi dan syarikat milik penuh kerajaan Abu Dhabi.

Kenapa pula saya nak pakat dengan keluarga-keluarga raja Arab Saudi dan keluarga raja Abu Dhabi untuk mencuri wang yang dipinjam (yang perlu dibayar balik) sedangkan saya juga pengerusi Khazanah (nilai aset bersih naik dari RM32b ke RM116b) dan juga menteri yang jaga Petronas yang aset serta nilai rizab tunai bersih amat besar?

Saya masih menunggu jawapan Guan Eng, Kit Siang dan Tun Mahathir.

sumber: FB Najib Razak

Sepanjang tempoh Najib jadi PM dan menjadi menteri yang bertanggung jawab, liabiliti dan hutang Petronas naik RM121.2...

Posted by Najib Razak on Saturday, 27 February 2021