Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hamzah ingatkan pembangkang, tempoh bersidang Parlimen masih ada hingga Disember


PETALING JAYA: Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya umum ketika situasi Covid-19 belum reda boleh memudaratkan.

Beliau dipetik Bernama berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sudah bersetuju akan membubarkan Parlimen selepas pandemik reda, tetapi masih ada orang yang menghasut dengan berkata kerajaan sedia ada tidak adil dan tidak sah.

Menteri dalam negeri itu berkata, pembangkang nampaknya sudah lupa sidang Parlimen masih berada dalam senarai sehingga Disember ini dan kerajaan boleh memanggil ia bersidang dalam tempoh enam bulan.


Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dilaporkan menggesa Parlimen kembali bersidang supaya keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dapat diselesaikan secara muktamad.

Katanya, gabungan kerajaan itu sepatutnya tidak lagi menggunakan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk menunda kejatuhan kerajaan, yang menurutnya pasti akan berlaku.

Bercakap pada forum dalam talian malam tadi, beliau berkata, isu keabsahan kerajaan PN dan pengurusan krisis Covid-19 adalah dua agenda yang berasingan dan tidak boleh dikaitkan bersama.

Hamzah mengulangi kerajaan PN akan mengadakan pilihan raya umum ke-15 apabila negara benar-benar pulih daripada pandemik Covid-19.


Katanya, kerajaan juga akan mengambil kira program imunisasi dalam kalangan rakyat sebelum mengadakan PRU15 bagi mengelakkan gelombang keempat Covid-19.

“Ia bagi memastikan kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat dan saya berdoa biarlah penyakit ini berkurangan di negara kita, dan imunisasi telah dilakukan, barulah kita adakan pilihan raya,” katanya kepada Bernama selepas Program Back To School di Dewan Astaka di Batu Kurau, dekat sini.

Hamzah berkata, Yang di-Pertuan Agong sudah bersetuju dengan pelaksanaan darurat untuk membolehkan kerajaan menangani Covid-19 dan beliau merasakan rakyat akan terus yakin dengan perdana menteri menerajui negara ini.

-FMT