Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Dah boleh busking bermula esok" -Ismail Sabri


PETALING JAYA – Pemuzik jalanan atau busker kini dibenarkan untuk beroperasi semula di kedai-kedai makan termasuk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat menerusi satu mesyuarat teknikal yang telah diadakan semalam.

“Sebelum ini kerajaan telah telah membenarkan pelanggan untuk makan di kedai-kedai makan mengikut keluasan meja makan dengan penjarakan fizikal di semua kawasan PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


“Kerajaan juga menerima rayuan daripada pihak pemuzik jalanan atau busker sepenuh masa khususnya yang menjalankan aktiviti mereka di kedai-kedai makan agar dibenarkan semula termasuk di kawasan PKP,” katanya pada sidang akhbar harian Majlis Keselamatan Negara hari ini.

Jelas beliau, selepas perbincangan diadakan, mesyuarat teknikal semalam telah bersetuju untuk membenarkan golongan busker ini untuk beroperasi di kawasan PKP sama seperti di kawasan PKPB dan PKPP.

“Kebenaran beroperasi ini adalah dengan syarat sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) asas termasuk menjaga jarak dengan pengunjung,” jelas beliau. 

-K! ONLINE