Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

UMNO kini bangkit tanpa perlu melukut di tepi gantang -Zahid


SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan bahawa UMNO akan bangkit dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan kembali berkuasa semula.

Beliau berkata, kejatuhan UMNO dalam PRU yang lepas tidak menghalang parti tersebut untuk bangun dan berjuang semula sebagai parti pembangkang.

“UMNO tahu suatu ketika ia pernah tewas angkara fitnah dan pembohongan.

“UMNO berusaha bangkit dan Insya-ALLAH kebangkitan UMNO sedang berlaku.


Menurut Zahid, walaupun UMNO tidak punyai kuasa, parti itu tidak merasakan yang mereka tidak mampu untuk menghulurkan pertolongan dan membantu perjuangkan isu rakyat.

“UMNO bangkit dalam diam penuh hikmah. UMNO bangkit tanpa melukut di tepi gantang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, parti berkenaan mempunyai pendekatan baharu bagi menjamin kedudukan UMNO.

“UMNO bukan parti tidak sedar diri. UMNO bukan parti lemah. UMNO tahu apa yang sepatutnya UMNO tahu.

“Bertawakal pada Tuhan - UMNO tahu apa yang patut dilakukan. Pisang tidak berbuah dua kali,” katanya. 

-Sinar