Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rakyat Malaysia tidak terlibat dalam nahas Sriwijaya Air


Tiada rakyat Malaysia di dalam pesawat Sriwijaya Air, yang dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu di Indonesia.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, pihak kedutaan telah dimaklumkan tiada warga negara Malaysia terbabit dalam nahas berkenaan.

Pesawat Sriwijaya Air yang membawa lebih 50 penumpang dipercayai terhempas di sekitar Pulau Laki, daerah yang merupakan gugusan pulau yang dikenali sebagai Kepulauan Seribu, Indonesia.


Sekitar jam 6 petang semalam, pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan tiba di lokasi kejadian.

Sementara itu, sebuah kapal peronda pemerintah menjumpai cebisan daging di sekitar lokasi di mana pesawat itu dipercayai jatuh.

Kapten kapal, Eko, berkata mereka menuju ke lokasi berikutan laporan daripada nelayan tempatan yang mendengar bunyi letupan seperti guruh.

"Ada ditemui serpihan-serpihan dari daging, mungkin tubuh dari manusia," katanya dilapor TV One.

Serpihan kapal terbang dan cebisan pakaian yang dipercayai dari pesawat tersebut



Pesawat itu pada mulanya terputus hubungan setelah berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta pada Sabtu ketika dalam penerbangan ke Pontianak di wilayah Kalimantan Barat.

Perkhidmatan penjejakan pesawat Indonesia, Flightradar24 menerusi Twitter menyatakan Penerbangan SJ182 "hilang dari ketinggian lebih 10,000 kaki dalam masa kurang satu minit, kira-kira 4 minit setelah berlepas dari Jakarta".

Pesawat itu merupakan pesawat Boeing 737-500 yang berusia 27 tahun, menurut butiran pendaftaran dalam data penjejakan berkenaan.

Sehingga malam tadi pencarian serpihan-serpihan dan korban masih giat dijalankan. Korban Sriwijaya Air yang ditemukan akan diserahkan pada Rumah Sakit Polri untuk pengesahan identiti.

-Bernama/MalaysiaKini