PERMAI: Kebanyakan inisiatif dah ada dalam Bajet 2021, kata Najib


Tiada yang menarik dalam Pakej Bantuan Khas yang diumumkan dalam Perutusan Khas Perdana Menteri tadi dan kebanyakan insiatif yang diumumkan tadi sebenarnya sudah ada dalam bajet 2021 dan bukan khusus untuk perlaksanaan PKP dan darurat ini.

Lanjutan moratorium pinjaman masih bukan automatik dan tiada faedah seperti moratorium pertama tahun lepas. Masih terpulang kepada bank masing-masing bagi menentukannya.

Hal ini disuarakan oleh bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak dalam hantaran Facebook beliau sebentar tadi. Menurut beliau, ada sedikit penambahbaikkan pada kategori 2 i-Sinar KWSP walaupun bukan automatik dan tanpa syarat untuk pengeluaran dari akaun 1 sehingga RM10 ribu.

"Kebanyakan insiatif yang diumumkan tadi sebenarnya sudah ada dalam bajet 2021 dan bukan khusus untuk perlaksanaan PKP dan darurat ini."kata Najib


Manurut Najib, diskaun bil elektrik yang diumumkan bagi 6 sektor komersial sebanyak 10% untuk 3 bulan dari Januari hingga Mac adalah kurang berbanding apa yang diumumkan PM7 interim (Tun Mahathir) dalam pakej rangsangan ekonomi pada bulan Februari tahun lepas.

Kata Najib, pada masa BN dahulu kerajaan memberi rebat sebanyak 1.80 sen/kWh (berbanding 2 sen sekarang) bagi Januari hingga Jun 2018 walaupun ketika itu tiada pandemik Covid, ekonomi bagus dan rakyat tidak disuruh duduk diam-diam dalam rumah.

Antara yang diumumkan dalam perutusan khas Perdana Menteri tersebut yang diberi nama Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM15 bilion itu adalah pemberian bayaran one-off RM500 kepada barisan depan (frontliner) kesihatan dan RM300 kepada frontliner lain (diumum dalan Belanjawan 2021) akan dibayar pada suku pertama tahun ini.

Baca sini untuk senarai pakej bantuan PERMAI


Lanjutan moratorium pinjaman masih bukan automatik dan tiada faedah seperti moratorium pertama tahun lepas. Masih...

Posted by Najib Razak on Monday, 18 January 2021





Join our Telegram Channel
Telegram


PERMAI: Kebanyakan inisiatif dah ada dalam Bajet 2021, kata Najib PERMAI: Kebanyakan inisiatif dah ada dalam Bajet 2021, kata Najib Reviewed by Tun Carlos on January 18, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.