Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki ditemui mati dalam bilik hotel di Jalan Kuchai Lama

 

Kuala Lumpur: Lelaki berusia 35 tahun ditemui mati dalam bilik sebuah hotel di Jalan Kuchai Lama di sini, semalam.

Polis menerima laporan daripada pihak pengurusan hotel pada jam 6.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian disedari oleh seorang lelaki berusia 29 tahun yang menginap di hotel itu apabila terhidu bau asap.

Menurutnya, saksi memaklumkan kejadian kepada pihak hotel sebelum menghubungi talian kecemasan.

"Hasil pemeriksaan, polis mendapati bilik lelaki itu dipenuhi kepulan asap dan alat pengesan kebakaran ditutup dengan tisu.


"Polis turut menemui ubat-ubatan dalam bilik selain tandas dipenuhi arang yang sudah dibakar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuar berkata, pemeriksaan pada badan lelaki itu tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Beliau berkata, semakan dilakukan mendapati lelaki terbabit mendaftar masuk pada jam 10.01 pagi, 21 Januari lalu dan pelanggan tetap di hotel berkenaan.

Katanya, mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi mati mengejut (SDR). -HMetro