Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jepun dan Korea Selatan pun lewat dapat vaksin -Khairy


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata walaupun Malaysia bukan antara negara yang terawal mendapat vaksin Covid-19, itu tidak bermaksud perolehannya lambat.

Khairy berkata Jepun akan mendapatkan vaksin pada akhir Februari - sama seperti Malaysia - walaupun Jepun menandatangani perjanjian pada bulan Julai tahun lalu, empat bulan lebih awal daripada Malaysia.

Korea Selatan, yang menandatangani perjanjian pada bulan Disember 2020, hanya akan mendapat vaksin mereka pada suku ketiga tahun 2021.


Jiran Singapura dan Indonesia, kata Khairy, mempunyai keadaan unik yang memungkinkan mereka melancarkan vaksinasi Covid-19 sebelum Malaysia.

Khairy yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), menjelaskan keadaan unik Singapura dan Indonesia memungkinkan negara jiran itu melancarkan vaksinasi Covid-19 sebelum Malaysia.

Beli harga premium

Dalam kes Singapura, jelas Khairy lagi, negara pulau itu dapat "meletakkan taruhan" pada calon vaksin lebih awal kerana sumbernya yang jauh lebih besar.


"Saya yakin mereka membuat perjanjian pendahuluan pembelian dengan harga premium menjelang penerbitan data percubaan interim," kata Khairy.

Bagi Indonesia, yang melancarkan imunisasi vaksin Sinovac dari China, Khairy menjelaskan republik itu telah melakukan ujian klinikal untuk vaksin tersebut.

Dengan demikian, Indonesia memiliki data klinikal percubaan tersebut, justeru katanya keadaan itu dapat difahami memandangkan Sinovac akan memberi keutamaan kepada negara-negara yang menjalankan ujian klinikal.

Khairy berkata Malaysia bukan tempat untuk ujian klinikal untuk Sinovac kerana ketika percubaan dijalankan, jumlah kes positif Covid-19 negara masih rendah.


"Begitu juga dengan kadar jangkitan. Oleh itu, Sinovac menolak untuk memasukkan Malaysia dalam program percubaan Tahap III mereka.

"Ujian klinikal memerlukan kadar jangkitan yang tinggi untuk berjaya," katanya.

Oleh itu, Khairy berpendapat Malaysia tidak "lembap" (slow) dalam menerima vaksin.

"Ya, kami bukan antara yang pertama. Banyak negara maju telah menerima vaksin mereka," katanya.


Bagaimanapun, kata Khairy ini kerana mereka telah membayar banyak untuk membuat 'tempahan' awal merebut pasaran bahkan sebelum adanya data keselamatan dan keberkesanan vaksin.

"Tetapi kita pastinya tidak ketinggalan ... Kami membuat keputusan perolehan berdasarkan penilaian data klinikal tanpa perlu membayar premium dan wang pendahuluan yang besar.

"Dan yang paling penting kita dapat belajar daripada imunisasi di negara lain untuk memastikan pelaksanaan kempen vaksinasi kita secara berkesan," katanya. -MalaysiaKini