Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu trademark Daging Harimau Menangis kini jadi kritikan warga Thailand pula


Nampaknya isu tentang trademark ‘Daging Harimau Menangis’ yang dilakukan oleh Datin Noor Kartini Noor Mohammed iaitu ibu kepada pengacara Noor Neelofa masih lagi belum selesai apabila isu itu telah sampai ke negara jiran iaitu Thailand!

Negara Thailand sememangnya terkenal dengan syurga makanan serta sos yang dihasilkan oleh mereka turut menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Menu daging harimau menangis juga cukup terkenal di negara tersebut.

Seorang pengguna laman Twitter yang merupakan warganegara Thailand telah memuat naik satu twit berkenaan isu tersebut.



Tanpa disangka, twit berkenaan telah mendapat perhatian ramai warga Thailand dan juga warga Malaysia sendiri.



Ada beberapa warganet dari Thailand memberitahu bahawa mereka tidak pernah terfikir untuk meletakkan trademark kepada makanan yang dihasilkan walaupun ada beberapa makanan dari Thailand kini terkenal di luar negara.

Maka dengan itu ramai warganet dari Malaysia bersatu hati meninggalkan komen di twit berkenaan serta memohon maaf atas apa yang berlaku.






Secara tak sengaja, ramai warga Malaysia pandai berbahasa Thailand walaupun hakikatnya semuanya menggunakan bantuan Google Translate sahaja.

Terkini, Datin Kartini telah membuat permohonan maaf dan memaklumkan bahawa trademark itu bukan merujuk atas nama daging ‘harimau menangis’ sebaliknya untuk rekaan pada tulisan perkataan itu sahaja.

Tambahnya lagi, permohonan itu hanya untuk melindungi penggayaan, susur alur grafik, kod warna dan tulisan pada perkataan ‘Harimau Menangis’ di bungkusan produk itu bagi mengelak sebarang kekeliruan pada produk tiruan sahaja.

Apa pun, semoga isu ini dapat diselesaikan dengan segera agar kita semua dapat mencari rezeki dalam era pandemik COVID-19 ini. 

sumber: HotFM