Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tak payah botakkan kepala, berlakon dan curi duit rakyat jika masih ada kes SPRM -TMJ


Menerusi Instagram Story, Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan segelintir manusia yang didakwa suka berpura-pura dalam kehidupan.

Tidak cukup di situ, TMJ juga menasihati individu berkenaan supaya berhenti ‘berlakon’ dan mempergunakan orang muar. Siapa agaknya yang dimaksudkan TMJ?

Muak dengan manusia berpura-pura




Saya muak dengan orang orang yang suka berpura-pura, golongan elit, ahli politik, kelab bola sepak, artis dan lain-lain. Itu semua hanya persepsi dan lakonan. Anda dipuji atas lakonan anda berpura-pura. Kalau anda membuat kebaikan dan merahsiakannya, itu bermakna anda tidak pernah membuat perkara yang baik.

TMJ turut meluahkan rasa tidak puas hati kepada golongan yang berpura-pura membuat kebaikan dan menayangkan perkara baik itu di sosial media. Ini hanya sekadar menampakkan mereka hero, walhal hanyalah lakonan semata-mata.


Walaupun tidak mendedahkan siapa individu yang dimaksudkan, namun ianya dipercayai berkait rapat dengan seorang ahli politik belia mewakili parlimen tersebut yang dikatakan melancarkan tabung sumbangan bagi membantu anak muda di kawasan terbabit mendapatkan laptop.

Cukup-cukuplah mengguna Orang Muo (Muar) demi kepentingan peribadi. Lagi-lagi apabila awak tu orang Arab Singapura, bukan orang Johor.

Hanya cakap kosong

Malah TMJ turut memerli individu terbabit yang didakwa hanya sekadar bercakap kosong tanpa tindakan. Dakwa TMJ, baginda memerlukan masa dua bulan untuk melaksanakan semua tugasan yang gagal dilakukan individu terbabit.


Sumber : Oh Bulan