Syed Saddiq balas kecaman TMJ dan mohon ampun


Setelah dikecam teruk menerusi Instagram Story, Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah tampil membalas kecaman tersebut dalam video terbarunya yang dmuatnaik di Facebook beliau.

Sebelum ini tanpa menyebut nama sesiapa, TMJ meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan segelintir manusia yang didakwa suka berpura-pura dalam kehidupan.


Tidak cukup di situ, TMJ juga menasihati individu berkenaan supaya berhenti ‘berlakon’ dan mempergunakan orang Muar.

Di dalam video tersebut, selain memohon ampun, Syed Saddiq megucapkan terima kasih kepada TMJ kerana telah memberi sumbangan sebanyak RM300,000 kepada anak-anak Muar.

Syed Saddiq juga ada memetik mengenai urusan pembinaan hub anak muda Muar. 

"Alhamdulillah dalam kapasiti kecil patik sewaktu menjadi Menteri Belia SUkan, projek anak muda berjumlah RM25 juta telah diluluskan selepas patik berjumpa Perdana Menteri, MB Johor dan dibentangkan dalam kabinet."


"Namun hanya dengan perkenan dan campur tangan Tunku dalam isu tanah yang meyekat projek ini akhirnya projek Tunku Mahkota Ismail Youth Center akan mula dilaksanakan. terima kasih Tunku."


Berikut adalah video penuh dari Syed Saddiq:



Join our Telegram Channel
Telegram


Syed Saddiq balas kecaman TMJ dan mohon ampun Syed Saddiq balas kecaman TMJ dan mohon ampun Reviewed by Tun Carlos on December 29, 2020 Rating: 5

1 comment:

  1. Atok si adik nie dulu paling pandai berlakon dan amat ramai warga navy pangkat rendah yg d anyamnya. Kemana kuah kalau tak tumpah ke nasi? Rasanya terlalu ramai yang menyumpah kerana siksaan dari GI Arab Korban!!!!!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.