Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis tahan pendakwah terkenal di Kelantan, cabul 2 pelajar madrasah


KOTA BHARU: Polis Kelantan mereman seorang pengetua madrasah di Machang, susulan menerima dua laporan kes cabul yang mengaitkan pendakwah terkenal negeri itu.

Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata, laporan berkenaan diterima di Balai Polis Kuang, di Selangor dan Balai Polis Bayan Lepas, di Pulau Pinang.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati kedua-dua pengadu merupakan bekas pelajar lelaki yang menuntut di madrasah berkenaan apabila mereka dicabul dalam kejadian berasingan pada 2018.


“Keterangan daripada mangsa pertama berlaku pada Mei 2018, kira-kira 1 pagi di rumah suspek” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Berdasarkan keterangan daripada mangsa kedua pula, kejadian berlaku pada Nov 2018, kira-kira 11 malam di sebuah bilik asrama madrasah di Machang,”

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Pendakwah itu direman mulai hari ini sehingga Sabtu. 

-FMT