Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pasukan Ebit Lew kemalangan, rempuh pembahagi jalan


KUALA LUMPUR: Kenderaan pasukan media yang membantu dan menemani pendakwah terkenal, Ebit Lew telah mengalami kemalangan jalan raya awal malam tadi. Tragedi berlaku selepas Tol Duta ketika pasukan itu baru saja pulang dari Pulau Pinang.

Semasa kejadian tersebut, Ebit Lew berada di dalam kenderaan yang lain.

"Sedih rasa. Pohon doakan 3 orang team media kami kemalangan baru sekejap ini. Doakan selamat semuanya. Merekalah yang merakamkan untuk program Jejak Ebit Lew Astro."ujar Ebit Lew.


Ebit Lew turut berkongsi bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku yang mengakibatkan kecederaan kepada 3 orang pasukannya.

"Tadi kami 4 kereta ke Penang membantu abang sekeluarga yang 8 bulan tidur dalam kereta. Semasa sama-sama balik ke KL. Betul-betul lorong kanan touch n go lepas tol jalan Duta."

"Tiba-tiba ada kereta dari kiri u-turn ke kanan. Ada sign tak boleh uturn. Estima mereka cuba elak kereta uturn menyebabkan melanggar divider tengah jalan."





"Sekarang saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga team buat ct scan. Doakan semuanya baik dan selamat."

"Doakan Teyha,Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik ajer. Sedih dengar mereka mengerang sakit."ujar Ebit Lew di Facebook beliau.

-TunCarlos.com

Sedih rasa. Pohon doakan 3 orang team media kami kemalangan baru sekejap ini. Doakan selamat semuanya. Merekalah yang...

Posted by Ebit Lew on Friday, 25 December 2020