Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Belum sempat PN bernafas isu KWSP, Najib bangkitkan isu kadar cukai korporat pula


Pada tahun 2006, kadar cukai korporat Malaysia adalah kedua paling rendah di rantau ASEAN.
- Singapura 17%
- Malaysia 28% 
- Vietnam 28%
- Thailand 30%
- Indonesia 30%

Kadar cukai korporat USA lagi tinggi ketika itu, iaitu 35%.


Tahun 2020 ini, kadar cukai korporat Malaysia menjadi paling tinggi antara negara ASEAN!! Malah, USA menjadi lebih rendah berbanding kita.!!

- Singapura 17%
- Vietnam 20%
- Thailand 20%
- USA 21% (bukan ASEAN) 
- Indonesia 22%
- Malaysia 24% 




Apabila pelabur pilih negara untuk melabur, mereka akan pertimbangkan faktor-faktor ini:

1) saiz pasaran domestik
2) kos tenaga kerja mahir yang murah
3) halatuju negara
4) infrastruktur negara
5) kestabilan politik negara 
6) Sistem perundangan yang adil dan telus
7) kadar cukai korporat.
8) Kecekapan pentadbiran


Berikut adalah perincian mengenai kesemua faktor yang telah digagalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Halatuju Negara 

Akibat PRU14, PH telah menjahanamkan halatuju negara apabila menggantikan Pelan Transformasi Negara yang begitu teratur dan komprehensif kepada pelan Wawasan Kekayaan Bersama 2030 (WKB2030) yang entah siapa tahu apa bendanya.

Tun Mahathir ketika mengumumkan pelan WKB2020 pada Oktober 2019


Infrastruktur

PH telah bantutkan infrastruktur negara apabila mereka batalkan atau perlambatkan rata-rata projek infrastruktur seperti :

1: Projek saluran petroleum,  
2: LRT3, 
3: HSR, 
4:MRT2, 
5: MRT3, 
6: RTS, 
7: ECRL, 
8: Melaka Gateway, dan 
9: Pan Borneo Highway.

Akibat hasutan berdasar kebencian terhadap peribadi dan perkauman, janji-janji manifesto bukan kitab suci, fitnah dan sebagainya PH juga telah hancurkan 5 kestabilan politik negara hari ini.


Sistem Perundangan

PH telah menjahanamkan sistem perundangan yang adil dan telus apabila mereka ganti hampir kesemua jawatan-jawatan penting institusi negara seperti Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Pendakwaraya, ketua SPRM dengan orang-orang mereka supaya sistem perundangan negara digunakan untuk menyeksa dan mengenakan lawan politik mereka.

Kadar Cukai Korporat

PH telah menghalang rancangan kerajaan BN dahulu untuk terus mengurangkan kadar cukai korporat Malaysia kepada 20% (supaya kita masih kompetitif dengan negara-negara jiran) apabila PH mansuhkan GST dan naikkan semula kebergantungan negara kepada hasil petroleum pada ketika harga minyak dunia turun!

"GST adalah lebih saksama dan progresif. Semakin banyak yang anda gunakan, semakin banyak yang anda bayar. Kerana GST, kami dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi," kata Perdana Menteri DS Najib Razak



Kecekapan Pentadbiran

Akhirnya, PH rosakkan kecekapan pentadbiran dengan melantik para-para akauntan gagal, mat tak lepas kursus kulinari, pelawak yang tidur tepi jalan, mereka yang tipu sijil, pemfitnah yang terus menipu rakyat untuk menjadi menteri-menteri manakala PM pula adalah seorang yang kaki cari gaduh merata dunia dengan idea yang ketinggalan zaman 20 tahun.

Antara undian yang dibuat oleh netizen terhadap Menteri-Menteri Kabinet setelah PH gagal mentadbir dan menunaikan janji


Saiz Pasaran Domestik

Hatta, masa depan negara kita agak malar pada masa kini jika kesemua ini tidak diperbetulkan sebab faktor saiz pasaran domestik adalah di luar kawalan kerajaan.

Kos Tenaga Kerja Mahir Yang Murah

Untuk faktor Kos tenaga kerja mahir yang rendah, adakah Rakyat Malaysia sanggup terus ikat perut untuk menerima gaji yang rendah dan jangan iri hati orang kaya seperti sering disaran Tun Mahathir?

Antara 8 faktor utama untuk tarik pelaburan, PH sudah hancurkan 6 !!



(Kadar cukai korporat dan faktor-faktor pelaburan yang saya sebut di atas adalah antara sebab saya kurang sokong cukai durian runtuh bagi sektor sarung tangan. Saya akan jelaskan secara lebih mendalam dalam posting nanti)

sumber: FB DS Najib Razak

Pada tahun 2006, kadar cukai korporat Malaysia adalah kedua paling rendah di rantau ASEAN. - Singapura 17% - Malaysia...

Posted by Najib Razak on Tuesday, 1 December 2020