Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Berita palsu! MKN nafi lanjut PKPD di beberapa negeri


KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan mengeluarkan kenyataan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dilanjutkan di beberapa negeri seperti yang tular di media sosial hari ini.

Menurut MKN, berita yang tular di media sosial menyebut PKPD di Selangor, Sabah, Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perak, Terengganu dan Pulau Pinang akan dilanjutkan bermula 6 Dis 2020 hingga 3 Jan 2021.


“Ini adalah berita palsu. Jangan sebar berita yang mengelirukan. Tidak pasti, jangan kongsi,” menurut MKN dalam laman Facebook rasmi agensi itu.

INI ADALAH PALSU!! Tak pasti jangan kongsi. Pastikan anda dapat info yang sahih di Telegram Rasmi MKN...

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Wednesday, 2 December 2020