Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ujian Bau telah diambil, LRA Rantau Panjang Selangor kini beroperasi semula


Menurut kenyataan Facebook Lembaga Urus Air Selangir (LUAS), siasatan masih lagi dijalankan berkenaan pencemaran bau yang dilaporkan berlaku di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang sebelum ini. 

Dalam masa yang sama, LRA Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 9.30 malam sebentar tadi selepas bacaan bau 0 ton direkodkan.

Pegawai-Pegawai LUAS sedang mengambil sampel air di Loji Rantau Panjang untuk memastikan keputusan Ujian Bau sentiasa berada dalam bacaan 0 ton


Sementara itu menurut Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari turut mengesahan bahawa  tiada gangguan bekalan air kepada pengguna kerana loji dihenti tugas selama beberapa jam sahaja.

“LRA Rantau Panjang mula beroperasi semula jam 9.30 malam tadi setelah isu pencemaran yang dikesan berjaya diselesaikan dan mencapai tahap sifar TON (nombor bau nilai ambang),” katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini, dimaklumkan LUAS telah menerima laporan daripada pihak AIR Selangor berkenaan pencemaran bau seakan solvent dengan bacaan 1 ton di muka sauk LRA Rantau Panjang pada jam 7 petang tadi (18 November 2020). 

Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

-TunCarlos.com