Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

TERKINI: Loji Air Rantau Panjang Selangor dihenti tugas, ada pencemaran



SHAH ALAM, 18 NOV: Menurut laporan dari Selangor Kini, Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dihenti tugas pada jam 7.10 malam tadi susulan pencemaran bau dikesan pada muka sauk loji.

Lembaga Urus Air Selangor (Luas) berkata tindakan itu susulan laporan dari Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pada jam 7 malam.

“Terdapat bau seakan bahan pelarut dengan bacaan satu TON (nombor bau nilai ambang).


“Luas, Air Selangor dan pihak terlibat menjalankan siasatan dan tindakan mitigasi segera. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata agensi menerusi Facebook.

Buat masa ini masih belum ada lagi kenyataan rasmi dari pihak Air Selangor mengenai kemungkinan ada pemotongan bekalan air di beberapa kawasan untuk sementara.


sumber: SelangorKini 

Kenyataan LUAS pada jam 8 malam tadi