Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Syed Saddiq cadang PN kenakan cukai kepada syarikat yang untung ketika pandemik


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan kerajaan memperkenalkan “Windfall Tax” atau Cukai Durian Runtuh kepada syarikat keuntungan berkali ganda ketika musim Covid-19

Beliau mencadangkan cukai itu dikenakan kepada syarikat pembuat sarung tangan getah di Malaysia yang menikmati keuntungan ketika musim Covid-19.

“Cukai Durian Runtuh adalah sejenis cukai yang kerajaan kenakan kepada syarikat yang menikmati keuntungan besar dari satu-satu insiden atau peristiwa.


“Dalam konteks Covid-19, syarikat yang benar-benar mengaut keuntungan besar adalah syarikat sarung tangan atau ‘glove makers’. Ada 4 syarikat utama,” katanya dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Syed Saddiq menyenaraikan 4 syarikat pembuat sarung tangan getah iaitu Top Glove Corporation yang memperoleh keuntungan mencecah RM1.9 bilion (417%).

“Hartalega Holdings Bhd untung mencecah RM545 juta, Supermax Corporation untung bersih RM789.5 juta naik 32 kali ganda dan Kossan Rubber Industries.


“Tetapi, kerajaan tidak cukaikan syarikat ini, sekadar ambil RM400 juta derma untuk beli barangan syarikat ini untuk Covid-19. Maksudnya, syarikat ini langsung tidak terkesan dengan derma, tetapi ambil untung pula,” katanya.

Beliau berkata, saham daripada 4 syarikat itu meningkat 441% ketika pandemik Covid-19.

“Jika kerajaan cukaikan mereka, kerajaan dapat kutip RM4.8 bilion. Cukai ini juga sifatnya sementara, sewaktu syarikat ini menerima untung, RM4.8 bilion boleh beli vaksin (RM3 bilion), bina kemudahan hospital dan Covid-19, bina sekolah dan buat ‘cash handout’.

“Jadi, apa yang kerajaan buat ini adalah menanggung kerugian daripada memperoleh RM4.8 bilion dan memilih untuk terima RM400 juta,” katanya. -FMT