Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Saya tidak bercita-cita dalam politik," Azmin Ali balun Anwar


Ekoran penubuhan Perikatan Nasional (PN), Menteri Kanan Azmin Ali merujuk dirinya sebagai ahli politik 'bidan terjun' setelah berkali-kali ditendang ke sana dan ke sini oleh Anwar Ibrahim.

“Bila saya berkhidmat untuk (Presiden PKR) Anwar Ibrahim sebagai (pembantunya) selama 15 tahun, saya tidak tertarik untuk aktif dalam politik selepas dibuang pada 1998.

“Kemudian saya bersama rakyat, terlibat dalam reformasi dan kemudian parti politik (Parti Keadilan Nasional kemudian dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat).


“Saya tidak bercita-cita dalam politik. Dalam PKR, saya ditolak pada 2008 ketika menang di Selangor,” kata Azmin merujuk kepada pelantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"Ketika dia disingkirkan oleh Anwar tanpa pertimbangan, niatnya bukan saya yang gantikan (tempat Khalid).

“Dengan kuasa Tuhan, saya jadi menteri besar Selangor. Saya bekerja keras dan pada pilihan raya umum (PRU) 2018 yang lalu, buat pertama kalinya, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 51.56 peratus undi di Selangor.

“Dan selepas kerajaan PH di negeri Selangor terbentuk, nama saya tiada lagi.


“Saya disuruh ke kerajaan persekutuan dan saya duduk dengan Sultan Selangor untuk mendapatkan perkenan baginda untuk berpindah dari Selangor ke kerajaan persekutuan,” kata Azmin.

Azmin menegaskan bahawa dia tidak harus dipersalahkan kerana permusuhannya dengan Anwar, yang turut menyumbang kepada kejatuhan kerajaan PH.

 “Saya telah berkhidmat untuknya selama 30 tahun - secara rasmi 15 tahun ketika dia menjawat jawatan menteri pendidikan, menteri kewangan dan timbalan perdana menteri.



“Saya juga jaga keluarganya ketika dia dalam penjara. Saya ingat setelah keluar, dia menjadi orang lebih baik.

“Malangnya dia menjadi orang yang perengus (panas baran) - bukan hanya kepada saya tetapi seluruh negara.

“Boleh tengok kakitangannya semua sudah tinggalkan dia,” jelas Azmin menyatakan bahawa bukan hanya dia tinggalkan Anwar.

-MalaysiaKini