Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Penyanyi Alif Satar positif Covid-19, Media Prima tunda Muzik-Muzik 35



PELAKON, pengacara dan penyanyi terkenal, Alif Satar pada Ahad memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19.

Menerusi laman Instagram rasminya, Alif menyatakan sepanjang menjalani penggambaran, beliau telah beberapa kali melakukan ujian saringan virus berkenaan.

Begitupun, keputusan terbaharu yang mengejutkan, mendukacitakan yang baru beliau terima hari ini menunjukkan pengacara Big Stage itu positif COVID-19.

“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya keselamatan keluarga..isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya kontak rapat yang telah berjumpa dengan Alif.


“Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), kontak rapat yang Alif kenal pasti dalam tempoh 14 hari,” katanya.

Tambahnya, beliau kini sedang menjalani proses kuarantin.

“Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt.


"Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari."

“Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan,” ujarnya.

Ekoran Alif disahkan positif Covid-19, episod ketiga pertandingan Muzik-Muzik 35, yang sepatutnya berlangsung pada malam ini ditunda kepada satu tarikh lain.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi laman sosial rasmi Instagram (IG) Muzik-Muzik sebentar tadi.

Pengumuman yang dibuat TV3



“Atas langkah keselamatan Muzik-Muzik 35 Separuh Akhir episod ketiga malam ini terpaksa ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

“Harap maklum kepada semua. Segala update kami akan beritahu kelak. #doabaikbaik #cakapbaikbaik #sfmm35,” tulis admin menerusi sebuah hantaran dan ruangan kapsyen.

Alif Satar membuat persembahan bersama kumpulan The Locos pada Jumaat lalu.

Pada Jumaat lalu, Alif yang juga peserta Muzik-Muzik 35 Separuh Akhir telah membuat persembahan diiringi bersama ahli kumpulan The Locos menerusi lagu I Want You To Love Me ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan.

Difahamkan Alif  kini menjalani rawatan dan proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka bermula hari ini. 


sumber: AstroAwani/Gempak