Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Covid-19: Pelakon Zulin Aziz mohon maaf, akui kontak rapat Alif Satar



Pelakon dan pelawak Zulin Aziz mengakui dirinya merupakan kontak rapat kepada penyanyi dan aktor Alif Satar yang disahkan positif Covid-19 semalam (Ahad).

Zulin menerusi laman sosial Instagram (IG)nya memberitahu dia sudah pun menjalani prosedur swab test dan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Menerusi hantaran di IGnya itu, Zulin turut memohon maaf kepada produser dan semua pihak yang terlibat dengan beberapa projek bersamanya.


Zulin berkata, dia terpaksa membatalkan kesemuanya kerana dalam tempoh tersebut dia terpaksa menjalani kuarantin di rumah.

“Assalammualaikum…Saya kena menjalani kuarantin 14 hari dan swab test, di mana saya merupakan salah satu contact rapat Alif di set pengambaran.

“Dengan ini saya memohon maaf kepada produser dan pihak-pihak lain yang sepatutnya, saya perlu bekerjasama dalam kerja-kerja, telemovie dan talk show.

Alif Satar




“Saya terpaksa cancel kerana dalam tempoh itu, saya perlu menjalani 14 hari kurantin di rumah,” katanya.

Dalam pada itu Zulin turut meminta orang ramai terutama pengikutnya supaya mendoakan keselamatannya semua yang terlibat dan Alif Satar diberikan kesembuhan.

“Saya mohon doa kalian agar kami semua dilindungi dari wabak covid ini dan semoga @alifsatar diberi kesembuhan. Doakan kami ya?,” katanya.



Di akhir penulisannya Zulin juga mengingatkan orang ramai supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP), ditetapkan, jangan keluar rumah jika tiada keperluan, pakai pelitup muka dan sentiasa sanitasi tangan.

“Jaga SOP, jangan keluar jika tidak ada keperluan, jangan lupa mask dan sanitizer,” katanya.



Difahamkan, Zulin dan Alif terbabit membintangi drama Penjara Janji terbitan JS Pictures Sdn Bhd yang diarahkan Jinggo di lakosi di Melaka.

Penggambaran drama tersebut juga sudah dihentikan. 


-GEMPAK