Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pengeluaran Akaun 1 KWSP bantu rakyat terjejas elak kehilangan aset pinjaman selepas berakhir pandemik


ULASAN: PM Muhyiddin kata dia tak mampu bagi rakyat keluarkan akaun 1 KWSP.

Sebenarnya dia "tak nampak" apa yang akan berlaku kepada rakyat pada tahun hadapan.

Beberapa bulan lagi, selepas tamat Covid-19 dan tamat tempoh moratorium mungkin hampir 100,000 rakyat Malaysia akan hadapi masalah seperti kereta kena tarik, rumah kena sita, nama kena blacklist ccris/ctos sebab masih ada lagi yang gagal mencari pekerjaan baru. (Bank tak dapat potong terus akaun sebab gaji tak masuk)

Begitu juga kepada peniaga-peniaga kecil dan online yang terjejas akibat PKP akan alami masalah hutang yang sama.

Sekarang pun ramai yang miskin bandar tidak mampu bayar sewa rumah dan bilik akibat diberhentikan kerja. 


Bukan saja nak bayar sewa, nak cari penyewa rumah/bilik pun susah sekarang ni. 

Bayangkan, kereta nak kena tarik, tapi duit sendiri dalam akaun KWSP ada beribu-ribu. Malangnya tak boleh digunakan untuk selamatkan mereka yang terjejas hutang akibat Covid-19.

Ini yang aku cerita hanya tekankan isu masalah hutang sahaja. Belum lagi cerita masalah-masalah lain lagi. Kes cerai pun meningkat masa PKP ni. 

Kalau takut KWSP rugi pun, kerajaan boleh beri projek-projek kerajaan kepada syarikat yang dimiliki KWSP untuk cover balik withdrawal ini seperti yang diilhamkan bekas Perdana Menteri DS Najib Razak. 

Kuasa di tangan Muhyiddin. Cuma nak dengan tak nak saja. 
 
Harap Muhyiddin pertimbangkanlah keputusan sekali seumur hidup untuk KWSP ini, bukan selalu kita hadapi krisis wabak macam ni.

oleh: Tun Carlos

PM Muhyiddin kata dia tak mampu bagi rakyat keluarkan akaun 1 KWSP. Sebenarnya dia "tak nampak" apa yang akan berlaku...

Posted by Tun Carlos on Friday, 30 October 2020