Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lokman Adam ditahan polis ketika sedang Live FB (video)


KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam ditahan polis malam tadi.

Beliau ditahan ketika sedang bersiaran langsung melalui Facebook Live di restoran miliknya berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kira-kira jam 11 malam.

Beliau menerusi siaran langsung bertajuk 'Setiap MP bakal disogok RM3 juta peruntukan jika Bajet 2021 diluluskan? Biar Betul? itu turut memaklumkan didatangi pegawai polis sebelum menamatkannya.

Mengesahkan lagi penahanan itu, beliau turut membuat hantaran di Facebook meminta bantuan peguam.




"Mohon hantar peguam ke JSJT (Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas) Bukit Aman.

"Saya ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Sehingga kini, pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penahanan berkenaan.

[maklumat lanjut menyusul]