Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Berbakul-bakul juga saya dimaki dulu sebab dua kereta ini" -Najib


Sempena sambutan yang hangat ke atas produk baru keluaran Proton/Geely, hari ini bekas Perdana Menteri DS Najib Razak telah memuat naik gambar dua buah model yang menjadi kegilaan ramai iaitu X70 dan yang terbaru X50.

Pada 23 Jun 2017,  Najib yang juga Perdana Menteri ketika itu telah menyaksikan majlis tandatangan Perjanjian Muktamad antara DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding) sebagai rakan strategik PROTON Holdings Berhad (PROTON).


Dalam tahun itu juga, banyak syarikat pengeluar kenderaan yang besar dan terkenal telah bergabung dengan syarikat-syarikat lain seperti juga Ferrari dan lain-lain.

Tapi pada ketika itu langkah penggabungan Proton dan Geely ini telah dikritik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Proton sudah dijual kepada negara China. 


Mahathir jug apada waktu itu telah menghasut rakyat supaya membenci Najib kerana mendakwa Proton yang lahir dari ilhamnya telah dilenyapkan oleh Najib. Padahal idea untuk melahirkan perusahaan otomobil pertama negara (Proron) telah diilhamkan ketika zaman Tun Razak lagi iaitu oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu sedang rancak membangunkan PETRONAS.

"Berbakul-bakul juga saya dimaki masa dahulu sebab dua kereta ini. TQ Atok (Tun Mahathir) ! Sekarang, saya tengok ramai yang minat kereta-kereta ini pulak." ujar Najib di posting FB nya yang terbaru.


Tak cukup dengan itu, Najib juga telah menulis sesuatu di bahagian komen pula:

"Ingat Atok akan beli balik Proton masa dia jadi PM. Tapi dia pergi rasmi X70 siap kata “Hai Proton” pada kereta pulak."


Di bawah adalah video yang menunjukkan Tun Mahathir yang ketika itu baru saja diangkat rakyat sebagai Perdana Menteri yang ke 7 sedang mencuba kereta keluaran Geely/Proton yang dikritiknya dahulu. 


Posting Najib mendapat banyak komen dari netizen yang menyesal kerana mempercayai cakap Tun Mahathir dahulu.

"Takpe la DSN..kalau tak kerana tegasnya DSN paksa proton cari rakan kongsi yg dikata 'dibeli' oleh syarikat Geely tu entah2 dah arwah dah proton...jadi mcm perwaja, mamimco, msc." -Zammir Irfan

"terima kasih sir jual proton dekat china. dapat merasa kereta proton spec volvo. kalau tidak asyik masalah tingkap je, bawak je la kereta juara dgn tiara." - Akmal Hashim

"sampai nangis-nangis...najib jual proton..skekarang tengok hasil DSN..siapa sangka..proton gah bersama jenama lain..taniah DSN." -Aman Hassan



"Betul Dato Seri ..sekarang ramai yg puji X70 bagus..Yang mengutok tu sebenar nya...ikut ikutan..tak faham hujung pangkal. Orang buat fitnah ke apa ke main ikut je..Bila di suruh declare diam pulak. Percayalah ini satu konspirasi terancang yg di buat selama bertahun tahun untuk menjatuh kan Dato Seri sebab ada dendam yang tak pernah padam. Allah tak pernah tidur..Jangan takut..Bergantung la sepenuh nya pada Allah..." -Akmarzain Mohd Zain

Proton X50 yang dilancarkan secara rasmi hari ini sudah menerima jumlah tempahan luar jangkaan iaitu lebih 20,000 unit selepas ia dibuka pada 16 September lalu.

Pada sesi prebiu media Proton X50 di Litar Antarabangsa Sepang bulan lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah, berkata pihaknya tidak menjangkakan sambutan ke atas model yang amat dinanti-nantikan rakyat Malaysia itu sangat memberangsangkan berbanding barisan model lain keluaran PROTON.

-TunCarlos.com

Berbakul-bakul juga saya dimaki masa dahulu sebab dua kereta ini. TQ Atok! Sekarang, saya tengok ramai yang minat kereta-kereta ini pulak.

Posted by Najib Razak on Sunday, 1 November 2020