Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki tikam perut bini di Kedah, akhirnya serah diri


Seorang lelaki yang menikam isterinya di bahagian perut menggunakan pisau Rabu lalu, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Baling pada 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Syed Basri Syed Ali berkata, suspek berumur 33 tahun yang sebelum ini telah melarikan diri selepas kejadian itu, dibawa ke IPD berkenaan oleh bapanya dan diserahkan kepada polis.

“Suspek yang tidak bekerja itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 27 Nov depan, bagi membantu siasatan polis,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar, Kedah hari ini.


Dalam kejadian pukul 7 pagi pada Rabu lalu, seorang wanita berumur 36 tahun cedera di bahagian perut sebelah kiri, dipercayai ditikam suaminya selepas berlaku pertengkaran di rumah mereka di Kampung Iboi, Kupang dekat Baling.

Mangsa yang merupakan pekerja kilang dikatakan bertengkar dengan suaminya yang ketika itu berada di luar rumah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, suspek kemudian bertindak agresif dengan menendang pintu dapur dan meluru masuk ke dalam rumah sebelum mencapai pisau untuk menikam mangsa.


“Suspek terus masuk ke dalam bilik isterinya dengan memegang pisau pendek dan berlaku pergelutan sebelum suspek dilihat keluar dari bilik tersebut untuk melarikan diri…”

Syed Basri berkata mangsa ditikam sebanyak dua kali kini sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan berada dalam keadaan stabil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

- Bernama

Lokasi kejadian

Laporan polis yang dibuat terhadap suspek