Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

KERANDA TERBANG: Sejarah pembelian jet pejuang yang merugikan ketika era 80-an



Pada tahun 1982, 25 buah A-4C dan 63 buah A-4L pesawat pegebom Skyhawks yang merupakan stok lebihan era perang Vietnam telah dibeli dengan harga kurang daripada AS$1 juta setiap satu oleh kerajaan Malaysia untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Menteri Pertahanan (merangkap Perdana Menteri) daripada  1981 ke 1986 adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Memandangkan ia dibeli pada 1982 ia itu semasa tahun kedua Mahathir menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan. 

A4 Skyhawk milik TUDM Malaysia

Daripada 88 buah, 54 buah dikatakan akan diubah suai menjadi pesawat pejuang-pengebom satu tempat duduk sementara 14 buah lagi diubah suai menjadi dua tempat duduk versi latihan dan peralihan juruterbang. Bakinya dikatakan akan dijadikan stok buka-pindah (cannibalization) untuk menampung keperluan alatganti.


Bagaimanapun, kos memasang enjin, sistem avionik baru dan mengubah suai rangka pesawat memakan kos yang meningkat empat kali ganda daripada kos belian untuk setiap buah. Kos terakhir untuk program pesawat terpakai ini ialah AS$320 juta (kos pembelian kurang daripada AS$88 juta). Jika dalam Ringgit hampir RM1.2 Billion !

Skyhawk dihasilkan pada tahun 50an. Pada tahun 1982 ketika perjanjian Tun M tersebut, US Navy sudah pun mengguna jet F14 Tomcat yang digunakan oleh Tom Cruise dalam filem Top Gun (1986). 


Tetapi malangya, Dr Mahathir ketika itu tak beli pun pesawat F14.

Pada 1984, setahun sebelum penerimaan Skyhawks dan pembelian pesawat purba Albatrosses, Mahathir pergi ke Amerika Syarikat dan menemui Presiden Ronald Reagan di White House .

Dr Mahathir ke US bertemu Presiden Ronald Reagen pada tahun 1984


Penyerahan 40 buah Skyhawk bermula pada 23 Februari 1985, ketika itu Dr. Mahathir merasmikan penerimaan sepuluh buah Skyhawks A-4PTMs dan melancarkan Skuadron No.6 TUDM untuk pesawat terpakai tersebut. Keseluruhan penerimaan selesai setahun selepas itu.

Hanya 40 Skyhawks telah diterima di Malaysia – 34 pesawat satu tempat duduk  model A-4PTMs dan 6 dua tempat duduk model TA-4PTM. Bakinya tersadai di padang pasir Nevada dan sebahagian lagi di Marana Regional Airport di Arizona Amerika Syarikat.

Tahun 1985 merupakan tahun kemelesetan ekonomi terburuk di Malaysia.  Ini diakui oleh Ketua Audit Negara ketika itu Tan Sri Ahmad Noordin Zakaria yang mengatakan selain skandal kewangan  BMF (yang menyebabkan seorang pegawai BMF Jalil Ibrahim dibunuh ), kemelesetan ekonomi juga menyebabkan masalah belanjawan dan menjejaskan pembayaran berimbang negara.


Tetapi itu tidak menghalang Dr Mahathir daripada membeli dua buah lagi pesawat terpakai pada 1985 daripada Grumman jenama Albatross model HU-16B yang mana merupakan pesawat yang boleh mendarat di permukaan laut untuk digunakan oleh TUDM. 

Secara kebetulan, Grumman merupakan kontraktor yang dikatakan akan menaik taraf pesawat Skyhawks A-4PTMs yang telah dibeli oleh Malaysia.

Yang menariknya, pesawat Albatrosses ditempatkan di bawah Skuadron No.2 TUDM yang merupakan skuadron perhubungan untuk orang kenamaan (VIP). 

Pesawat Albatross milik TUDM


Penerbangan terakhir Albatross untuk Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) pada 1973, Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) pada 1976 sementara penerbangan terakhir Albatross untuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) pada 1976.  

Kerajaan beli dua buah pesawat tersebut pada 1985 tetapi menjelang 1987 ia tidak lagi kelihatan terbang.  Sepatutnya kita tidak seharusnya membeli dua pesawat terpakai tersebut.

Ada tak negara lain beli Skyhawk dari US semasa era atau dekad tersebut? Ya ada.

Negara seperti Australia, New Zealand, Kuwait, Brazil ada juga yang beli Skyhawk dari US. 
Tapi dalam kuantiti yang kecil.


Persoalannya adakah ada negara lain yang membuat urusniaga gila seperti Dr Mahathir buat ketika itu? Beli banyak-banyak, dan separuh lagi simpan di Amerika Syarikat untuk dibuat sparepart? 

Jawapannya TIADA. 

Kemalangan yang melibatkan Skyhawk

Satu persatu pesawat Skyhawks A-4PTM dan TA-4PTM mulai menemui kemalangan setelah ia memasuki perkhidmatan TUDM. 

Tahun 1985: Sebuah pesawat mengalami masalah enjin pada semasa mendarat dan meletup di pengkalan TUDM Kuantan. Juruterbangnya Lt (U) Khairil Asri bin Baharin, berjaya "eject" menyelamatkan diri.


Tahun 1988: Tiga buah Skyhawk terhempas termasuk satu yang dikendalikan oleh General Tan Sri Haji Affendi bin Buang RMAF, bekas Panglima TUDM yang baru saja tamat tempoh berkhidmat pada Mac 2020. Beliau terselamat.

Seorang lagi juruterbang Skyhawk, Leftenan Wahi Anuar TUDM terhempas di Laut China Selatan. Serpihan pesawat dan juga mayat masih tidak dijumpai hingga sekarang. Selepas tujuh tahun, iaitu pada 8 April 1996, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat pengisytiharan bahawa Lt Wahi telah dianggap telah meninggal dunia.

Satu lagi penerbangan pesawat Skyhawk dari Kuantan ke Labuan untuk operasi telah terhempas di Laut China Selatan. Juruterbang, Kapt Abdul Mues Abdul Samad selamat.


Tahun 1990: Satu jet Skyhawk A4 dari No 9 Skuadron, Pangkalan Udara Kuantan yang sedang menjalani latihan taktikal serangan darat terhempas di kawasan pegunungan di sekitar Gunung Dulang 77 km barat laut Pahang dan membunuh juruterbangnya, Mejar Ong Cher Kiong.

Tahun 1992: Satu jet Skyhawk A4-PTM terhempas di landasan kerana beberapa masalah teknikal. Kedua-duanya, juruterbang pengajar, Lt kol Mohd Yusof bin Isa TUDM (43) dan juruterbang pelatih Lt Zulkifli bin Abdul Rahman TUDM (22) selamat.

Pada Ogos tahun tersebut, sebuah Skyhawk A4-PTM terhempas di Bukit Rangin, Pahang. Kedua-dua juruterbang, pengajar, Kapt Suri bin Daud () dan pelatih, Lt Muda Amer Mahmud TUDM berjaya "eject" dengan selamat.



Tahun 1993: Pada Julai, sebuah jet A4-PTM terhempas berhampiran Pangkalan Udara Kuantan. Juruterbang Kapt Khairani bin Mohamad TUDM berjaya "eject" dan terselamat.

Pada Oktober, satu lagi pesawat terhempas ketika membuat pendaratan di pangkalan udara Kuantan. Juruterbang pengajar, Mej Suri bin Daud menghadapi kecederaan ringan dan pelatih, Kapt Sahar bin Ayub TUDM tidak mengalami kecederaan.

Skyhawk digantikan dengan BAe Hawks

Akhirnya, TUDM mengumumkan bahawa Skyhawks akan digantikan dengan BAe Hawks model 108 dan 208 buatan British pada 1994, yang menjadikan Skyhawks sebagai sebuah pesawat pejuang yang terpendek jangka hayatnya di dalam inventori TUDM. 



Pada tahun 1999 ketika Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) menjawat jawatan Menteri Pertahanan, kesemua Skyhawks telah ditamatkan perkhidmatannya.

Setiap kos Skyhawk yang dinaik taraf boleh memberi TUDM tiga pesawat pejuang F-5E dan jumlah yang dibayar untuk naik taraf  Skyhawk sahaja TUDM boleh memperolehi 110 buah Northrop F-5E Tiger II sedia bertempur (combat ready)( harga F-5Es Tiger II AS$2.1 juta sebuah) yang mana masih lagi mempunyai status beroperasi seluruh dunia malah hingga sekarang. 

Sekarang TUDM telah pun menggunakan 14 buah F5-E (pesawat pejuang) dan dua buah RF-5F (pesawat peninjau).



Keadaan pesawat Skyhawk yang tersadai di Amerika Syarikat

Jelas, Dr Mahathir telah membeli pesawat yang berbahaya untuk juruterbang kita sehingga ia dikenali dengan gelaran “the flying coffin” atau “keranda terbang”, dengan harga yang tidak munasabah.

Dr Mahathir bukan sahaja harus menjawab kepada rakyat atas pembelian itu, malah beliau juga harus menjawab kepada keluarga-keluarga juruterbang TUDM yang terkorban akibat pesawat tersebut, terutama isteri-isteri mereka yang telah menjadi janda dan anak-anak mereka yang telah menjadi yatim.

Perlukah kita gesa SPRM atau PDRM buka balik file dan siasat semula skandal #Skyhawk1982 ini di bawah akta penggubahan wang haram atau mana-mana yang sesuai?

-TunCarlos