Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

ISU KWSP: Najib balun fakta MOF, persoal samada Guan Eng masih lagi admin?



ULASAN NAJIB: Post Kementerian Kewangan berhubung KWSP yang dipadam tadi telah dimuat naik semula dengan alasan telah di kemaskini.

Tapi saya tak nampak mana-mana yang telah ditukar. Tetap banyak kesilapan dan kesalahan fakta yang saya telah jelaskan dalam posting saya tadi.

Sebagai contoh dalam posting terbaru Kementerian, dikatakan pecarum dengan gaji bulanan AUS$6,000 mampu ganti balik pengeluaran AUS$10,000 dalam masa setengah bulan sahaja.

Kenyataan Kementerian Kewangan



Harap kementerian boleh jelaskan bagaimana gaji satu bulan sebanyak $6,000 boleh gantikan $10,000 dalam setengah bulan?

1/2 X $6,000 = $10,000 ?

Kadar caruman skim persaraan Australia ialah 9.5% daripada gaji bulanan (berbanding 24% di Malaysia).

Jika nak gantikan caruman sebanyak AUS$10,000 dalam masa setengah bulan maka purata gaji pencarum di Australia perlulah sebanyak AUS$210,527 (atau RM631,579) sebulan.

Guan Eng, kamu masih jaga laman FB Kementerian ke?

sumber: FB Najib Razak

Post Kementerian Kewangan berhubung KWSP yang dipadam tadi telah dimuat naik semula dengan alasan telah...

Posted by Najib Razak on Sunday, 15 November 2020