Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu KWSP: MOF perjelas kenapa Kerajaan PN tak boleh contohi Australia


Laman Facebook Kementerian Kewangan Malaysia telah memuat naik hantaran mengenai kenapa negara Australia membenarkan pengeluaran simpanan persaraan pekerja mereka.

Ini berikutan desakan dari ramai pihak yang mahu Kerajaan Perikatan Nasional membenarkan pengeluaran akaun 1 KWSP seperti yang telah dilakukan oleh Kerajaan Australia semasa awal pandemik lalu.

Sebelum itu, laman facebook kementerian kewangan Malaysia telah memadam hantaran mereka setelah mendapat kecaman hebat dari netizen.


Tidak lama selepas itu, admin laman facebook itu telah memuatnaik semula posting beserta poster bagi membandingkan keadaaan di Australia dan juga Malaysia.

Berikut adalah kenyataan Kementerian Kewangan, apa pendapat anda?: