Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Datuk Siti Nurhaliza terharu lagunya dinyanyikan oleh idola beliau dalam SFMM35


Bahang hari kedua Semi Final Muzik-Muzik 35 (SFMM35) masih lagi terasa. Dengan penampilan hebat lagu-lagu popular dan juga artis ternama Malaysia, ia telah memberi impak yang pelbagai di media sosial.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu pengganti yang menyanyikan lagu-lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berjaya layak ke SFMM35 ini.

Akhirnya, teka-teki terjawab apabila penyanyi lagenda, Aishah telah membawakan lagu Aku Bidadari Syurgamu dan Shiha Zikir menyampaikan lagu 7 Nasihat berkolaborasi dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta.


Menerusi Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa TokTi, beliau telah mengucapkan terima kasih kepada Aishah kerana sudi menyanyikan lagunya.

TokTi juga telah membuat pengakuan  bahawa pada waktu  dahulu beliau kerap menyanyikan lagu-lagu Aishah terutamanya ketika menyertai pertandingan nyanyian.

“Terima kasih Kak Aishah sebelum ini saya yang menyanyikan lagu beliau dalam persembahan masa saya belum menjadi artis, kemudian saya sampaikan lagu Camar Yang Pulang sewaktu bertanding Bintang HMI 1995.” Ujarnya.


Kali ini merupakan satu penghormatan besar buatnya apabila penyanyi idolanya sendiri sudi menyampaikan lagu ‘berhantu’ beliau tahun ini di pentas berprestij terbabit.

“Hari ini, satu penghormatan buat saya apabila beliau menyanyikan lagu saya. All the best kak!” Tambah TokTi.

Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyampaikan kad ucapan buat Aishah, Shiha, Kmy Kmo dan Luca Sickta bagi memberi semangat kepada mereka yang melangsungkan persembahan pada SFMM35 itu.

Pada malam kedua semi final sebelum Anugerah Juara Lagu 35 berlangsung, lagu 7 Nasihat telah dinobatkan sebagai lagu terbaik. Dan ini sekali gus melayakkan lagu tersebut ke pentas AJL yang akan berlangsung pada awal tahun hadapan.



Keputusan mencari penyanyi gantian dibuat selepas pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga kali melalui Jerat Percintaan, Cindai dan Balqis itu memutuskan untuk tidak lagi bertanding di pentas itu.

Sebelum ini, beberapa nama di sebut-sebut sebagai penyanyi yang bakal menggantikan Siti seperti Misha Omar dan Liza Hanim.

Bagaimanapun, Misha dan Liza masing-masing menafikan mereka adalah penyanyi dimaksudkan

-OwhMyMedia