Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Aktivis Pro-UMANY buat laporan polis terhadap polis


Seorang aktivis Ng Yap Hwa membuat laporan polis terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh polis dalam penahanan serta penangkapan bekas pemimpin pelajar, Wong Yan Ke, kerana merakam serbuan yang dilakukan polis.

Ng (gambar, atas) membuat laporan itu di Balai Polis Petaling di Jalan Klang Lama malam tadi. Terdahulu, dia menyifatkan penahanan Wong sebagai penyalahgunaan kuasa terang-terangan oleh polis.

“Merakam video polis yang sedang menjalankan tugas mereka tidak boleh dianggap sebagai menghalang tugas,” kata Ng yang mewakili Jaringan Hak Asasi Manusia (JHAM) dan Amanah Teoh Beng Hock Untuk Demokrasi.


Ng turut mempersoalkan keperluan polis menggari Wong memandangkan dia bukanlah pesalah berat.

Ng juga berpendapat isu itu bukanlah semata-mata soal penangkapan Wong, tetapi kebebasan asasi rakyat Malaysia.

Wong, bekas presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) ditangkap polis pada 7 Nov ketika polis melakukan serbuan ke atas penggantinya, Yap Wen Qing, di Petaling Jaya.

Beberapa lelaki berpakaian biasa - dipercayai anggota polis - kemudian meminta Wong berhenti merakam, sebelum video siaran langsung yang disiarkan di Facebook terhenti tiba-tiba.

Dia kemudian ditangkap mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan - menghalang penjawat awam menjalankan fungsi jawatannya - dan dibebaskan dengan jaminan polis.


Polis kini sedang menyiasat kumpulan pelajar itu di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Penyiasatan itu berkaitan kenyataan kumpulan berkenaan pada 30 Okt yang didakwa biadap kerana mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk tidak mengisytiharkan darurat meskipun dengan cadangan kabinet.

Penangkapan Wong itu turut dikritik oleh beberapa kumpulan pro-DAP seperti Transparency International-Malaysia dan Bersih.

Mereka turut mendakwa polis bersikap berat sebelah dalam penyiasatannya kerana Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim turut mempersoakan pelaksanaan kuasa Agong dalam isu sama di Twitter pada 25 Okt.

Rais dan Umany kedua-duanya merujuk bahawa mengikut Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan, raja mesti bertindak berpandukan nasihat kabinet, kecuali atas tiga keadaan: pelantikan perdana menteri, menolak membubarkan parlimen dan mengadakan pertemuan di kalangan raja-raja Melayu. 

-MalaysiaKini

Siap laporan polis terhadap penyalahgunaan kuasa polis dalam penangkapan dan penggarian penyelaras Jaringan Hak Asasi...

Posted by Ng Yap Hwa on Monday, 9 November 2020