Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

1290 kes baru, 4 meninggal


TERKINI: Sehingga tengah hari tadi, Malaysia mencatatkan 1,290 kes baru dalam tempoh 24 jam.

Empat kes kematian turut dicatatkan, menjadikan jumlah korban keseluruhan di Malaysia akibat wabak itu adalah 326.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan bahawa 110 pesakit Covid-19 kini di unit rawatan rapi (ICU), melebihi rekod sebelumnya iaitu 108 pada 3 April.

Daripada jumlah kes baru yang dilaporkan, lima merupakan kes import, sementara selebihnya, 1,285 adalah merupakan penularan tempatan.


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dua negeri yang mencatatkan kes yang tertinggi pada hari ini adalah Sabah (660 kes) dan Selangor (407 kes).

Sorotan kes harian:

Kes aktif: 13,222 ↑ (408 lebih banyak berbanding semalam, rekod baru)

Rawatan intensif: 110 ↑ (7 lebih banyak berbanding semalam)

Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 37 ↓ (4 kurang berbanding semalam)

Kematian baru: 4


Sabah melaporkan jumlah kes baru terbanyak (51.2 peratus) diikuti Lembah Klang (37.1 peratus) dan Perak (3.7 peratus).

Sepertiga kes baru di Sabah berkaitan dengan pusat tahanan.

Di Lembah Klang, separuh daripada kes baru mempunyai kaitan dengan Kluster Teratai, yang melibatkan kilang sarung tangan di daerah Kapar, Selangor.

Sebilangan besar kes baru juga ditemui di kluster baru di Selangor yang dikenali sebagai Kapas BJ, yang melibatkan daerah Hulu Langat.


Kluster Teratai dan Kluster Kapas BJ melibatkan kawasan yang mempunyai banyak pekerja asing.

Dua kematian dilaporkan di Sabah. Dua lagi kematian dilaporkan masing-masing di Johor dan Perak.

Perinciannya bagi kes kematian  adalah seperti berikut:

'Pesakit 43,767' - Warganegara Malaysia, wanita berumur 62 tahun, yang meninggal dunia di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di Kluang, Johor.

'Pesakit 43,923' - Warganegara Malaysia, wanita berumur 29 tahun, meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent di Sandakan, Sabah.



'Pesakit 45,064' - Warganegara Malaysia, lelaki berumur 58, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

'Pesakit 50,117' - Wanita warga asing, berumur 47 tahun, meninggal dunia di Hospital Lahad Datu, Sabah.

Angka kematian di Sabah kini mencapai 184 atau 56.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian yang direkodkan akibat Covid-19 di negara ini.

sumber: KKM