Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

YDP Agong minta pandangan Ku Li, paling senior dalam politik


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen paling lama berkhidmat.

Setiausaha Politik Ku Li, Mohd Lokman Ghani berkata, pertemuan itu adalah atas perkenan Al-Sultan Abdullah untuk mendapatkan pandangan daripada Ku Li mengenai situasi semasa politik negara.

“Semalam Yang di-Pertuan Agong menitahkan Tengku Razaleigh untuk menghadap di Istana Negara kemudian baru beliau pergi (semalam). Perbincangan itu melibatkan empat mata untuk Tengku Razaleigh beri pandangan, sekadar itu sahaja yang saya tahu.


“Tengku Razaleigh dipanggil menghadap atas kapasiti individu yang paling berpengalaman, paling matang, lama dalam politik dan individu yang pernah bekerja dengan semua Perdana Menteri,” katanya kepada Bernama.

Mohd Lokman turut menjelaskan, pertemuan itu tidak ada kena mengena dengan kedudukan Tengku Razaleigh, 83, sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Umno mahupun sebagai wakil parti itu.

Untuk rekod, Ku Li telah berkhidmat dengan banyak Perdana Menteri sebelum ini iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan juga Tun Mahathir. Beliau juga adalah Ahli Parlimen yang paling lama dalam dunia.

Dalam bidang ekonomi pula, mungkin ramai yang tidak tahu Ku Li adalah orang yang bertanggungjawab menaikkan dan menghidupkan syarikat seperti Petronas, PERNAS, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional, KESEDAR, KEJORA, PROTON dan pelbagai lagi. 


Kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang ekonomi dan pengurusan dalam usia yang amat muda pada era 70an dan 80an dahulu sememangnya amat-amat diperlukan oleh Perdana-Perdana Menteri kerana begitu ramai rakyat negara ini terutama bumiputera memerlukan pekerjaan pada ketika itu.

Oleh kerana pada ketika itu negara kita langsung tiada pengalaman dalam bidang carigali minyak, Ku Li juga telah mencadangkan supaya 3000 rakyat Malaysia yang terpilih dihantar ke luar negara untuk belajar mengenai ilmu dan cara-cara carigali minyak supaya boleh pulang bekerja dengan Petronas.

Kelantangan Ku Li dalam mengkritik Kerajaan juga begitu dihormati seperti ketika beliau mengkritik tindakan Tun Mahathir membazirkan wang negara untuk mewujudkan projek-projek mega yang tidak menggunakan kepakaran tempatan dan juga tidak memberi pekerjaan yang banyak kepada rakyat.

Beliau juga lantang mengkritik penubuhan syarikat-syarikat mega seperti PERWAJA Steel di Terengganu yang semua tahu akhirnya sudah pun bankrap. 



Malangnya, karier politik beliau di dalam UMNO telah dimatikan ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-4 iaitu ketika peristiwa pengharaman UMNO pada tahun 1987 sehingga beliau terpaksa mewujudkan parti baru iaitu Semangat 46 bersama-sama pemimpin-peminpin lama UMNO termasuk Tunku Abdul Rahman yang juga Bapa Kemerdekaan Malaysia.

VIDEO: Minit ke 7:50 Tunku Abdul Rahman menceritakan bagaimana Dr Mahathir cuba "merampas" aset UMNO

Ini berikutan tindakan Tun Mahathir yang menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri, Menteri Perundangan dan juga Menteri Kementerian Dalam Negeri pada ketika itu untuk menghalang daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang tak sehaluan dengannya dari menyertai semula UMNO Baharu dan juga menghalang Ku Li mendaftar nama parti baru menggunakan nama UMNO.

Pada tahun 90an, parti Semangat 46 dibubarkan dan menyertai semula UMNO kerana Ku Li berpandangan kaum Melayu perlu bersatu pada ketika itu.  

Semalam, kenderaan yang membawa Tengku Razaleigh, dilihat keluar dari Pintu Dua Istana Negara, pada 2.40 petang selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Al-Sultan Abdullah pada sebelah pagi.

Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk menyembah maklum kepada Seri Paduka bahawa beliau mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu. 

-TunCarlos/BERNAMA

video: Kenyataan Ku Li diawal kewujudan Petronas (tahun 1974)