Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Vivy Yusof didakwa tiru idea jenama lain lagi


Masih lagi berulang, walaupun sudah banyak kali diperkatkan mengenai isu plagiat oleh sesetengah jenama tempatan.

Kali ini, jenama dUck yang merupakan milik usahawan Vivy Yusof dikesan seolah-olah meniru rekaan salah satu jenama tudung di Malaysia iaitu Bokkita.

Dikatakan dUck telah meniru produk pin magnet bersama rantai yang baru sahaja dilancarkan pada 20 Oktober lalu.





Sejak akaun rasmi Theduckgroup memuat naik gambar tersebut di Instgaram itu, ruangan komen akaun berkenaan telah diserang oleh netizen sehingga ada yang meninggalkan komen berbaur kecaman terhadap produk tersebut.

Menurut netizen yang rata-rata merupakan penggemar produk Bokkita memberitahu bahawa design pin magnet berantai itu telah dihasilkan sejak tahun 2019 lagi dan sudah pasti mereka mengeluarkan produk itu terlebih awal berbanding dUck.





Peka dengan apa yang terjadi, akaun Facebook Bokkita telah mengeluarkan satu kenyataan ucapan tahniah kepada Pengarah Reka Bentuk yang juga merupakan co-founder kepada jenama Bokkita sendiri iaitu Hala Absi.


Hala Absi yang berasal dari Lubnan itu bertanggungjawab untuk mencipta segala rekaan kreatif yang setiap produk keluaran Bokkita.

Mereka mengambil daripada sudut positif apabila salah satu barangan mereka telah menjadi inspirasi kepada satu jenama besar di Malaysia seperti dUck sendiri.



Namun bagi pihak Vivy selaku pemilik jenama dUck, dia masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.

Sebelum ini, nama Theduckgroup sering kali disebut ramai kerana terdapat beberapa produk keluaran mereka seakan-akan sama dengan banyak jenama lain.

sumber: HotFM