UMNO masih sokong Muhyiddin, belum tarik "handbrake"


CYBERJAYA: UMNO masih kekal memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dan tidak timbul isu parti terbesar orang Melayu itu menarik ‘hand brake’, kata Ahli Majlis Tertingginya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu menjelaskan, apa yang berlaku mutakhir ini hanyalah UMNO menuntut layanan adil kepada parti itu yang menyumbang kerusi paling banyak dalam kerajaan.

“Saya tak kata UMNO tarik ‘hand brake’. Belum ada keputusan kata nak tarik ‘hand brake’. Tidak timbul soal ini, setakat ini lah.

“Esok lusa saya tak tahu, hakikatnya begitu benda boleh berubah,” katanya dalam satu temubual bersama Mingguan Malaysia,


Tajuddin berkata demikian ketika diminta mengulas krisis dalaman membabitkan UMNO dan PN ketika ini.

Krisis bermula apabila mesyuarat Biro Politik UMNO memutuskan untuk membuat pertimbangan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan PN

Tajuddin Abdul Rahman

Biro Politik UMNO juga mahu memberikan syarat bertulis kepada PN sekiranya mahu meneruskan kerjasama poliyik.

Sebelum ini, Tajuddin menggesa kerajaan agar memberi jawatan Timbalan Perdana Menteri dan portfolio penting kepada UMNO.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata UMNO tidak bermusuh dengan Bersatu, mahupun menjauhkan dari daripada PN.


Sebaliknya UMNO mahu Bersatu menghargai jasa parti itu sebagai komponen dalam kerajaan PN.

“Orang kata apa yang sepatutnyalah. Kalau orang kecil, kamu layanlah kecil. Orang kecil kalau beri makan banyak buat apa?

“Maknanya, UMNO itu parti besar, sumbanganya besar untuk pastikan kerajaan PN itu kuat. Jadi, tidak wajarlah kalau saya nak sebut nanti.

“Tapi, ini beri jawatan setakat menteri belia, jawatan yang sebagainya itu,” katanya.

Ditanya sama ada UMNO mempunyai masalah apabila PAS berbaik dengan Bersatu, Tajuddin berkata parti itu dengan PAS masih baik.

Namun, katanya, Muafakat Nasional (MN) kini sudah nampak lesu dan tiada lagi program penyatuan ummah. -Suara.TV



Join our Telegram Channel
Telegram


UMNO masih sokong Muhyiddin, belum tarik "handbrake" UMNO masih sokong Muhyiddin, belum tarik "handbrake" Reviewed by Tun Carlos on October 18, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.