Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

TITAH AGONG: Semua ahli Dewan Rakyat perlu sokong Belanjawan 2021


KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati semua ahli Parlimen supaya memberhentikan segera segala perbalahan politik dan sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan.

Seri Paduka Baginda juga menasihatkan ahli-ahli Dewan Rakyat memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini.

Al-Sultan Abdullah menitahkan, sokongan itu adalah demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda menegaskan, Belanjawan 2021 amat penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa, khususnya petugas barisan hadapan untuk meneruskan dan melancarkan dasar serta usaha membendung dan menangani ancaman wabak itu dari terus merebak.

“Adalah dimaklumkan, baginda Yang di-Pertuan Agong menasihati Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.



“Al-Sultan Abdullah menyeru Ahli-ahli Dewan Rakyat menghormati titah nasihat Seri Paduka Baginda untuk mereka memberhentikan segera segala perbalahan politik, sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan,” katanya dalam kenyataan Istana Negara kepada media, hari ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian selepas menerima mengadap Perdana Menteri untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Neg ara pagi ini.

Dalam sesi mengadap yang berlangsung lebih satu jam dari 8 pagi itu, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menerima taklimat ringkas berkenaan Belanjawan 2021 yang akan dibentang di Parlimen pada 6 November ini. -MalaysiaGazette