Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PM ada kuasa gantung sidang Parlimen jika darurat diisytihar



KUASA PERDANA MENTERI, KERAJAAN, PARLIMEN DAN MAHKAMAH SEMASA DARURAT (SECARA RINGKAS)

Oleh: Isham Jalil

Pagi tadi Kabinet telah membuat keputusan untuk mengisytiharkan darurat. Kali terakhir negara mengisytiharkan darurat adalah selama dua tahun selepas peristiwa 13 Mei 1969 sehingga 1971, dan sebelum itu selama 12 tahun pada tahun 1948 sehingga 1960 kerana ancaman pengganas komunis.

Kali ini darurat diisytihar kerana kemelut politik dan ancaman COVID-19.

Pada 30 Mei 2020 yang lalu saya telah menyatakan kebarangkalian pilihan terakhir iaitu darurat akan diisytiharkan oleh kerajaan jika kemelut politik berterusan namun pilihanraya tidak boleh dilaksanakan kerana situasi COVID-19 yang semakin teruk.

Dengan pengisytiharan darurat, pilihanraya tidak perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.


Ini kerana apabila darurat diisytihar, Perlembagaan adalah digantung dan hampir semua kuasa kerajaan diserahkan kepada pihak Eksekutif yang diketuai Perdana Menteri, iaitu pihak pentadbiran dalam salah satu daripada tiga kuasa dalam kerajaan selain Parlimen dan Kehakiman.

Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan darurat ini pada petang ini.

Sekiranya Baginda perkenan, maka darurat secara rasmi akan berkuatkuasa.

Dengan pengisytiharan darurat, Perdana Menteri sedia ada boleh meneruskan tugas-tugas sebagai ketua kerajaan semasa tempoh darurat sekiranya beliau tidak meletakkan jawatan.

Tidak disebut dalam Perlembagaan sama ada SBP YDP Agong boleh melantik ahli Parlimen lain sebagai Perdana Menteri dalam tempoh darurat sekiranya Perdana Menteri sedia ada tidak meletak jawatan.


Jika Perdana Menteri meletakkan jawatan, maka SBP YDP Agong boleh melantik seseorang di kalangan ahli Parlimen untuk menjadi ketua kerajaan dan Perdana Menteri baru semasa tempoh darurat sehingga pilihanraya diadakan.

Perdana Menteri juga boleh membawa cadangan untuk membubarkan Parlimen namun menangguhkan pilihanraya sehingga situasi COVID-19 reda.

Sekiranya Perdana Menteri mencadangkan supaya Parlimen dibubar bersama pengisytiharan darurat seperti di atas dan cadangan ini diperkenan oleh SBP YDP Agong, maka Baginda boleh melantik Perdana Menteri baru sementara yang lain di kalangan ahli-ahli Parlimen.

Perdana Menteri (sedia ada atau yang baru) ini boleh menyusun semula kabinet untuk menyesuaikannya dengan kuasa-kuasa yang ada dalam tempoh darurat.

Dalam tempoh darurat, persidangan Parlimen boleh digantung oleh Perdana Menteri tanpa tempoh had masa.

Kuasa membelanjakan sumber kerajaan dan bajet juga tidak perlu mendapat kelulusan Parlimen dalam tempoh ini.

Kuasa mahkamah dan kehakiman juga adalah terhad dan mahkamah tidak boleh membuat semakan kehakiman (judicial review) terhadap kuasa Agong atau Eksekutif (Perdana Menteri) semasa tempoh darurat.

ISHAM JALIL
23 Oktober 2020