Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pemandu Myvi langgar anggota tentera dihukum penjara 6 tahun 7 bulan

Gambar: FMT

JOHOR BAHRU: Pemandu Perodua Myvi yang menyebabkan kematian anggota tentera laut Sabtu lalu dijatuhi hukuman penjara 6 tahun 7 bulan dan denda RM11,300 selepas mengaku bersalah atas 5 pertuduhan di Mahkamah Majistret hari ini.

Tertuduh Nur Fatin Nasrah, 23, mengaku bersalah terhadap 4 pertuduhan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang dibacakan di depan majisret Suhaila Shafi’uddin dan 1 pertuduhan membabitkan Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 di depan majistret R Salini.



Bagi pertuduhan pertama di Mahkamah Majistret Trafik, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44 APJ 1987 kerana memandu bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah dan dikenakan hukuman penjara 6 tahun serta denda RM8,000.

Suhaila turut memerintahkan Nur Fatin membayar denda RM3,300 atas 3 lagi kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu, memandu kereta yang tiada cukai jalan serta insurans, selepas dia turut mengaku bersalah atas ketiga-tiga kesalahan berkenaan.


Tertuduh turut hilang kelayakan memandu selama 6 tahun bagi semua 4 pertuduhan mengikut APJ 1987.

Sementara itu, tunang tertuduh Nurulaiman Fathi Mohd Zukki, 23, diperintahkan membayar denda RM3,300 atas 3 kesalahan iaitu membenarkan kenderaan dipandu individu tidak memiliki lesen, kenderaan tiada cukai jalan serta insurans.

Tertuduh dibawa dengan kenderaan polis tiba di perkarangan mahkamah pada 8.35 pagi diiringi anggota polis trafik.

Jika gagal membayar denda, Nurulaiman berdepan hukuman penjara 13 bulan.

Di mahkamah berasingan, Nur Fatin mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.


Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 7 bulan dan memerintahkan hukuman dijalankan berasingan daripada kesalahan trafik selain mengenakan perintah pengawasan selama 2 tahun terhadap tertuduh.

Kes dikendalikan timbalan pendakwaraya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Noridayu Md Kassim.

Terdahulu, tertuduh dibawa dengan kenderaan polis tiba di perkarangan mahkamah pada 8.35 pagi diiringi anggota polis trafik.

Dalam kejadian 8.30 pagi Sabtu lalu, pemandu, Honda Accord, Mohd Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian apabila dirempuh Perodua Myvi dipandu wanita berusia 23 tahun itu.

Turut cedera dalam kemalangan itu pemandu Proton Iswara, Chang Ah May, 78.

-FMT