Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib dedah portal MalaysiaNow diuruskan adik Latheefa Koya



Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak mendedahkan portal baru iaitu MalaysiaNow adalah portal yang diuruskan oleh adik kepada bekas Ketua SPRM lantikan politik Pakatan Harapan PH iaitu Latheefa Koya.

Pendedahan itu adalah susulan dari artikel portal tersebut yang melaporkan bahawa Najib diserang oleh beberapa Ahli Parlimen UMNO ketika memberi cadangan supaya UMNO desak Muhyiddin bubar Parlimen selepas berakhirnya Covid, ataupun menyokong Anwar sehingga sampai PRU15 sahaja di dalam mesyuarat halatuju UMNO di PWTC lewat petang kelmarin.

Menurut laporan portal tersebut, Najib telah diselar majoriti ahli-ahli Parlimen UMNO dan antara yang lantang membantah Najib adalah Noh Omar dan Nazri Aziz.


Laporan yang sengaja direka-reka portal MalaysiaNow

"Entah siapa (penulis) portal MalaysiaNow yang diurus adik Latheefa Koya ini? Lapor yang bukan-bukan." tulis Najib di Facebooknya.

"Tiada sesiapapun yang serang saya dalam mesyuarat hari ini. Noh Omar tak serang saya dan Nazri tak serang saya. Nazri tak hadir dalam mesyuarat hari ini pun sebab dia ada di Kelantan."ujar Najib.

Sementara itu, Noh Omar juga telah membuat kenyataan menyangkal laporan portal yang tidak bermoral ini di Facebook beliau.

"Saya terkejut membaca laporan daripada portal Malaysia Now yang melaporkan saya dan Dato Seri  Nazri Aziz menentang DS Najib."


"Apa yang di tulis adalah tidak benar. Ya betul saya hadir di perjumpaan tengahari tadi tapi saya tidak menyerang DS Najib."

Saya terkejut membaca laporan daripada portal Malaysia Now yg melaporkan saya dan Dato Seri Nazri Aziz menentang DS...

Posted by Noh Omar on Monday, 26 October 2020

"Saya hanya memberi pandangan peribadi dan DS Nazri Aziz juga tidak hadir. Ini menunjukan laporan dari portal ini tidak benar sama sekali."ujar Noh Omar.

Dalam mesyuart Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam tadi, mereka mengekalkan keputusan untuk tidak bekerjasama dengan PKR dan DAP. 

Ahli-ahli Parlimen UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perikatan Nasional dan UMNO menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan political consensus.

-TunCarlos.com