Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Muhyiddin panggil semua Ketua Menteri dan Menteri Besar ke Putrajaya esok


Menurut laporan MalaysiaKini, pembantu kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengesahkan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menjemput Amirudin ke mesyuarat esok.

Perkembangan itu hadir selepas Istana Negara petang ini memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah memutuskan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat.

Pembantu Amirudin itu mengesahkan pertemuan berkenaan sebagai mengulas laporan yang mengatakan Muhyiddn akan memanggil mesyuarat di Putrajaya esok dengan semua ketua menteri dan menteri besar negeri.


"Menteri besar telah dijemput dan akan hadir esok," kata pembantu itu ketika ditanya oleh wartawan mengenai mesyuarat berkenaan.

Pejabat Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu juga mengesahkan pertemuan itu akan berlangsung pada pukul 9.30 pagi esok.

-MalaysiaKini