Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Muhyiddin panggil anggota kabinet pertimbang letak jawatan?


CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet untuk mengisytiharkan darurat.

Menurut sumber, Muhyiddin mempertimbangkan peletakan jawatan dan mahu berbincang dengan anggota kabinet secara tidak rasmi.

Turut kelihatan di kediaman Perdana Menteri ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Petang tadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan kerajaan untuk melaksanakan Darurat mengikut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan.


Walaupun kenyataan Agong petang tadi jelas mahu semua ahli politik bekerjasama memulihkan negara ini, namun ia juga dilihat sebagai hilang kepercayaan Seri Paduka Baginda terhadap Perdana Menteri.

Menurut laporan Suara.Tv, dalam keadaan biasa Perdana Menteri secara moral perlu mempertimbangkan untuk melepas jawatan.

Malam ini Muhyiddin telah memangil anggota Menteri Kabinet ke kediamannya.

Beberapa orang menteri dan ahli politik kelihatan keluar masuk di kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara sekitar jam 10 malam tadi.

Antara yang dilihat berada di sana Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Kunjungan mereka juga dipercayai ada kaitan dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menolak cadangan Jemaah Menteri supaya diisytiharkan darurat di negara ini bagi memerangi pandemik Covid-19.

Menurut tinjauan MalaysiaGazette di perkarangan kediaman Muhyiddin mendapati kenderaan-kenderaan menteri keluar dan masuk selain kenderaan yang membawa orang politik.

Setakat ini mereka yang telah meninggalkan kediaman Muhyddin adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Dr Adham Baba, Annuar, Rina Harun dan Datuk Saifuddin Abdullah.

-Sinar.tv/MalaysiaGazette