Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

BERSATU selar dua ahli politik veteran cuba rampas jawatan Perdana Menteri


KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyelar sikap dua ahli politik veteran yang didakwanya cuba mencipta krisis baharu tatkala Perdana Menteri bersungguh-sungguh menjaga kebajikan dan nasib rakyat.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, kedua-dua pemimpin itu sudah lama mengidam mahu menjadi Perdana Menteri dan ada juga ahli politik oportunis yang mengambil peluang membawa undi tidak percaya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun beliau tidak menamakan kedua-dua ahli politik itu namun sudah pasti ia merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Wan Saiful

“Saya faham ada ahli politik tertentu yang memang mahu merebut kuasa politik tetapi sekarang bukan waktu untuk berkelakuan sebegitu dan saya yakin tindakan mereka bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh majoriti rakyat kini.


“Sepatutnya kita memerangi Covid-19 dengan mewujudkan kesatuan politik rentas parti bukan mencipta perpecahan untuk faedah peribadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Saiful berkata demikian menjunjung titah Yang Dipertuan Agong (YDPA) yang mahu ahli politik bermuhasabah dan tidak lagi menheret negara ini ke kancah politik yang tidak menentu terutama dalam kemelut penularan Covid-19.

Perdana Menteri, katanya, telah menunjukkan contoh terbaik dengan memberi fokus kepada menjaga nasib rakyat dan memastikan ekonomi negara dapat dibina dengan penuh integriti.

“Fokus ahli-ahli politik hari ini juga sepatutnya adalah kebajikan rakyat bukan berebut jawatan atau sengaja merosakkan kestabilan dan ekonomi negara,” katanya.- MalaysiaGazettte