Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

TYT dijangka umum Ketua Menteri Sabah lewat petang ini


KOTA KINABALU – Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Pertemuan setengah jam di Istana Negeri Sabah masih gagal menemukan titik penyelesaian bagi menamakan seorang Ketua Menteri daripada GRS.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin memberitahu media bahawa Tuan Yang Terutama meminta suatu tempoh untuk membuat keputusan dan akan memuktamadkan dalam tempoh segera.




“Tuan Yang Terutama minta tempoh… dalam tempoh terdekat,” kata Adun Lamag di pekarangan Istana Negeri, di sini, hari ini.

Perkara sama turut dimaklumkan Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim menyerahkan lantikan Ketua Menteri kepada kebijaksanaan Tuan Yang Terutama.

Menurut sumber Tun Juhar dijangka akan umumkan bakal ketua menteri pada lewat petang ini.

BACA: Tak jadi hari ini, keputusan Ketua Menteri Sabah diumum esok

-suara.tv