Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tak jadi hari ini, keputusan Ketua Menteri Sabah diumum esok



Kota Kinabalu – Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di katakan bakal mengumumkan perlantikan Ketua Menteri yang baharu esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan melalui ciapan di Twitter beliau sebentar tadi.

“Jam 2.30 petang tadi, Datuk Seri Bung wakili UMNO/BN sudah mengadap TYT bersama Datuk Hajiji, Datuk Jeffrey dan Datuk Jahid.

“3 wakil Bebas (telah) nyatakan sokongan kpd GRS. Jadi ada 41 kerusi (untuk) bentuk Kerajaan Negeri ini. Datuk Seti Shafie dan lain-lain cuma ada 32. Kita (GRS) yang (akan) bentuk kerajaan negeri.



“TYT dijangka buat keputusan tentang KM esok,” katanya.

Terdahulu Tun Juhar dikatakan mahu berjumpa dengan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melantik ketua menteri bagi mengantikan kerajaan pimpinan Warisan.

Upacara angkat sumpah yang di jadualkan pagi ini terpaksa di tangguhkan ekoran perbincangan yang dilakukan GRS bagi menentukan calon ketua menteri.

GRS yang terdiri daripada PN, BN dan Parti Bersatu Sabah memenangi 38 dan bebas 3 keruis daripada 73 kerusi DUN yang dipertandingkan dalam pilihan raya kali ini, justeru membolehkannya mendapat majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan.

Daripada 41 kerusi tersebut, PN menang 17 kerusi, diikuti BN (14) dan PBS (7). – SuaraTV